Kau lah cinta sesungguhnya....

by - January 12, 2018

Abah masa kenduri Along.

On play : Cinta sesungguhnya - Sabhi Saddi

Selama lagu ni dikeluarkan dekat corong2 radio, aku tak pernah ambil tau muka penyanyi dia macam mana. Cuma tau nama ja. Tahun lepas kan masa ramadhan cerita Andainya Takdir lakonan Syukri Yahya dan Nina Iskandar trending dan aku pun layan okay hehe masa tu baru tau "Oh ni Sabhi Saddi". Jambunya haha. Aku selalu bayangkan Sabhi Saddi ni jenis yang macam Ronnie ex Hyper Act tu hehe.

Mak, Mak Jang, Acu dan Abah 💜💜💜💜

12-01-2018
Selamat hari lahir Abah 💗
Selamat ulang tahun yang ke 47. Sekejap sangat masa berlalu. Ingat lagi masa sekolah kalau cikgu tanya umur ayah berapa, aku cakap umur sekian sekian... "Eh mudanya ayah kamu" Haaa tu lah. Yelah Abah kawin muda. Masa abah umur 20 tahun dah kawin dah. Aku tak pernah pulak terfikir macam mana abah aku boleh kawin awal, tapi aku selalu tanya orang macam mana orang zaman sekarang kawin muda hahaha.

Abah,
Angah tau abah takkan baca pun blog ni hehe. Tapi Abah kena tahu yang nama Abah tak pernah hilang dalam sebutan seharian. Hari2 mention nama Abah. Isi borang nama abah, orang tanya nama penuh ada nama abah. Semua lah ada nama abah hehe. Tak lah gurau je. Nama Abah selalu je ada dalam doa2 Angah.

Abah,
Terima kasih sebab ada dengan Angah masa Angah patah hati tahun lepas. Hehe tahun ni baru nak cakap terima kasih. Apa daaa... Ye masa angah menangis teruk sambil iron baju haritu angah menangis sebab baru brake up hehe. Sampai sekarang bila ingat masa tu mesti bertakung ayaq mata ni. Uihh. Okay dah okay hehehe. Masa Abah urut belakang angah, masa angah teresak2 haritu, sentuhan tu la paling Angah ingat. Sebab Abah jarang nak tunjuk kasih sayang dengan physical touch ni. Masa Abah cakap " Dah dah jangan teriak" Msatu lagi la orang nak teriak haha

Abah,
Terima kasih tau ada dengan Angah masa tengah bergaduh dengan Mak. hehe. Terima kasih sebab selalu backup Angah masa bergaduh dengan Qila, even Angah yang mula hehe. Terima kasih sebab sentiasa support Angah untuk sambung belajar. Terima kasih sebab tak pernah give up dengan perangai Angah. Terima kasih sebab dalam dunia ni Abah YANG PALING faham perangai Angah.

Abah,
Angah habis degree ni angah takmua sambung Master lagi tau hahaahahahahhaha

Abah,
Terima kasih sebab jadi Abah Angah.

Kaulah cinta sesungguhnya, 
Sekuat hati ku kan menjagamu,
Demi cinta seutuhnya,
Ku kan berjanji,
Takkan pernah menyakitimu 👪

Love,
Ain Athirah binti Anuar

You May Also Like

0 comments

Komen la mana tau kita boleh jadi kawan ? Jangan malu jangan segan tinggalkan URL Blog anda untuk Ain balas kunjungan yaaaaaa ❤