Siem Reap,Cambodia Trip with HM241 A (Day 1)

by - August 12, 2019

Disclaimer : Tujuan entry dan sepanjang trip ini diblogkan adalah untuk menyimpan kenangan, Kalau nak tahu bajet dan sebagainya maafkan hamba, tidak dapat hamba bantu sepenuhnya hehe


Dekat mana yang korang boleh patah balik masa? Jangan risau, disini tempatnya. Selamat datang ke tahun lepas.

Sila ambil perhatian, anda akan berada pada tahun 2018 semasa anda mula membaca tittle blog ini. Jadi sila fikir masak2 sama ada anda mahu meneruskan ataupun terus tinggalkan blog ini (Hopefully korang stay lah oki  )



26 April 2018

Hari yang dinanti-nanti telah tiba. Weh kelas kitaorang ambil masa 4 semester tau plan trip ni hahaha sebab senior racun kitaorang dengan kata-kata you guys kena well prepared sebab nak pegi country luar ni. So better korang start dari sekarang (sem 1). And guess what? Sem 3 baru kitaorang decide nak pergi negara mana kah! So macam sia2 je kan puji aku lepas baca baris 1 tadi. hahaha ampun guys. In case korang lupa, biaq aku remind korang yang aku pelajar Tourism so no wonder la last semester kena travel (baca : untuk result exam and of course assignment). So kitaorang pegi bawah subject Sustainable Tourism, and jangan tanya aku kena sibuk nak sustain negara orang sedangkan negara sendiri? Eh Aku sayang Malaysia okay *mini love*. Aku hanyalah in charge untuk multimedia sahaja hewhew

Dengan bayaran full package RM1500 termasuk flight, ground dekat sana selama 5 hari 4 malam, berangkatlah kami ke sana dengan Air Asia. Kitaorang naik dekat KLIA1.


Ngam-ngam dapat dekat sayap. Eh hello ni gambaq wajib tau. Baru la org tau kita naik kapal terbang. ha ha ha


Kitaorang punya flight pukul 6.45 am kalau tak salah. So around 9 ke 10 am mcm tu sampailah ke Siem Reap. Alhamdulillah. Turun2 panas guys cuaca sana. Lagi panas dari Malaysia. But isokay sebab we are Malaysian, so panas-panas ni apa lah sangat ken... Lagi panas sebab pegawai kastam sana sangatlah tidak friendly ya kawan-kawan. Passport aku dilempar mcm proposal yg kena reject dengan lecturer :') Kojaq. Okay masa ni dah ada bad impression dah. Tapi aku try la untuk stay calm and positive. Mungkin tu SOP depa. so okay. Whatever...


Kitaorang disambut baik oleh tour guide kitaorang ni. Aaaaaaa aku lupa nama dia hahaha tapi nama kemboja sana la. And dia bukan muslim. Service dia tip top guys. English dia lagi mantop dari aku hahaha.. Bagus2. Sebab dia tahu Siem Reap panas dia sediakan mineral water yg sejuk siap letak dlm tong ais yg ada dalam bas tu weh. Baik kannnnnn. 

So kita start journey kita dengan ke destinasi pertama iaitu Artisan Angkor, macam textile factory mcmtu.











Dah habis melawat dalam tu semua, kitaorang pun bergerak lah ke destinasi kedua iaitu Artisan Craft. Apa yg best dekat sini, semua yang buat hasil kraf tangan ni semua pekerja2 yang pekak dan bisu. Which is so nice sebab depa pun reti appreciate orang2 yang mcmni.Mantop guys hasil kerja tangan depa. 



Entah tengan belajaq apa ntah depa ni haha.


Habis pusing2 dalam tu, kami pun gerak pegi makan. Jangan risau geng. Dekat Siem Reap ni senang jugak nak cari masakan halal. Ada ja kawasan yang diduduki oleh orang islam.



Lepas dah habis makan, kitaorang ke hotel untuk check in. Part ni aku suka guys. Sebab hotel dia lawa terok. Cuma takde lift je, Tapi setakat 3 tingkat nak lift mcm hellooooooooooooooooo....

Tapi sayang gambaq hotel hilang an d aku tak ingat nama dia apa. hahahah soon if aku dah jumpa aku tambah oki....

Lpastu rehat apa semua, aktiviti seterusnya dimalam hari adalah berjimba cucuk langit. Eh? Taklah gurau gurau hahaha. Kitaorang dibawa ke Phare, The Cambodian Circus





Untuk pengetahuan korang, dorang ada institusi sendiri tau untuk anak-anak terbiar dekat Kemboja ni. Dorang amik budak2 tu, then bawak masak institusi ni and then dorang latih how to be a professional circus punya kerja-kerja ni lah. Menarik kan??? Yelah ekonomi dekat sana pun paham-paham la mcm mna kan. Nak sekolah pun takde duit weh untuk yuran. So daripada dorang kutip botol tepi jalan semua, at least dorang ada skill yg boleh menyumbang ke industri pelancongan dorang kan? bijak kannn

So hari pertama kitorang pun berakhir. For me, ni adalah highlight untuk day 1 ni. Haaaaa nak tahu banyak lagi tempat best kitorang pegi. Kena la tggu next entry. Okay bye

Love,
AAA






You May Also Like

3 comments

  1. Siem Reap antara lokasi nk dijejaki tapi kena hold dulu hehe

    ReplyDelete
  2. Hai Ain.. Kak Sue singgah jalan-jalan sini. Seronok depa dapat jalan-jalan no..

    ReplyDelete
  3. menariknya trip macamni. Dah lama tak travel sis hahha

    ReplyDelete

Komen la mana tau kita boleh jadi kawan ? Jangan malu jangan segan tinggalkan URL Blog anda untuk Ain balas kunjungan yaaaaaa ❤