Life update
by
Ain Athirah
- July 26, 2018
*senaman jari*
Assalamualaikum and hi geng!
Ayat dibawah adalah ayat yang kerap digunakan blogger bila lama tinggalkan blog sendiri
Fuhhhh berhabuk blog. 😂
Okay aku serius.
Lama weh sumpah lama even baru 3-4 bulan tinggalkan blog ni terkontang kanting. Persetankan nak achieve certain views and income. Aku dah malas nak hadap semua tu hahaha sebab memang tak boleh jalan punya *dasar mudah lupa diri*
Banyak weh aku nak update, banyak sangat... Banyak gila story yang sepatutnya aku simpan jadikan kenangan tp aku sia2kan dengan biaq terperap ohmann
1) Wedding along
2) Wedding Mommy (cousin)
3) Trip Cambodia
4) Final semester as student (Alhamdulillah, InshaAllah settle Degree! 😭😭😭)
5) Thesis pressure
6) #AyamstoMalacca
7) Job seeking experience
8) Drugstores Haul
9) Skincare routine (update)
10) New hobby
Banyak lah banyak sangat...
Aku dah malas nak menjanjikan apa2. Sebab kalau janji pun bukannya aku rajin nak buat cerita kat sini. Lagi tawaq hati bila Laptop dah rosak (Alhamdulillah, settle thesis, laptop pun jahanam) haaa tepukkkk.
Nak menaip dkt Pc lagi sakit hati. Tulah sebelum ni anak2 buah mai rumah bangga je aku bagi depa hentuk2 ketuk2 keyboard tu mcm takdak hari esok. Last2 nak guna rosak hahahaha :') What a sad life. End up aku kena guna keyboard on screen tu. Allahu sodeyhhhh. Dapat la update resume even macam nak hempok mouse sebab tak behave.
Ntah apa lagi aku nak cerita sini.
Oh life update hahahahah...
Okay first, aku masih single tak available sebab eh g mampos la nak bercinta bagai (Readers perlu tahu) Kedua seorang penganggur baru beberapa minggu hiks, ketiga sedang bahagia makan manggis dan durian sebab sekrang tengah musim hehehe keempat sedang ligat dan belajar mahu menjadi penyokong pasukan bola sepak perak untuk masa akan datang 😂 Ye wehhh tiap malam aku tgok bola dkt youtube. Seterusnya sedang berusaha nak naik rank ML 😂 Akhir sekali tengah busy cari kerja. Eh eh baru berapa hari taknak rilek langsung terus nak kerja haha
Yg tu je kot update. Oh ada tambahan
11) Pengalaman mengundi kali pertama
12) Sambut birthday masa PRU 14
Kan aku dah ckp banyak yg aku tak update. Banyak......
Doakan result aku mengembirakan hati yang berduka lara ni. Tak mintak dekan cukup la dapat naikkan pointer dah bersyukur sangat2 dah. Doakan aku dan kawan2 dimurahkan rezeki, dilimpahkan rezeki yang halal, dan diluaskan pintu rezeki kami dapat kerja yang baik2. Akhir sekali semoga crush nampak blog ni dan ketahuilah saya telah lama menyimpan perasaan kepada anda 😂 walaupun anda tidak mengenali saya.
See ya on my next entry
💃
P/s Semoga yang baca ni dimurahkan rezeki