Ciri-ciri blog yang saya suka singgah
by
Ain Athirah
- November 09, 2016
Apparently mak ngah Ain missing Aisyah badly :'/ . So please excuse this picture ^^v
Assalamualaikum and hi geng!
Korang yang jenis tak suka blogging ni semestinya blogger yang looser dan sangat kerugian. Serius Ain cakap. Untuk yang busy tu tkpe lah. Ni yang jenis dok update blog hari-hari tapi tak pernah blogwalking.(bersangka baik yang dia buat schedule post) Pageviews hang ja nak jaga, yang orang lain taknak? Eh ada ke blogger yang mcm tu? Takdek kot kan xD
Kalau korang nak jadi antara blog yang paling Ain suka jenguk meh baca bawah ni. ( eh dah baca jangan gelabah tukar pulak blog korang tu, lain orang lain cita rasanya bukan? )
1. Blog yang menarik
Eh hello, siapa je yang dalam dunia ni tak suka benda yang cantik, menarik kau memang debom kan? Walhal nak cari pasangan hidup pun nak yang cantik hatinya, menarik perwatakannya bukan? Apatah lagi kalau bagi Lee Min Ho *dah kenapa tetiba mat korea ni sesat? Ain paling tertarik dengan blog yang masuk ja terus " OMG cantiknya blog dia!!!!!!!!! " Ain seorang yang sangat jujur sebenanrnya. Kalau korang pernah dapat pujian yg Ain ckp blog korang cantik tu ketahuilah blog korang memang cantik!
2. Pemilihan Font
Font antara faktor yang sangat Ain pentingkan semasa masuk blog orang. Ada blog yang suka tulisannya kalau boleh nak sama warna dengan background, juling mata nak baca. Udoh ler warna kelabu, tulisan kecik pulak tu. Terus hilang mood nak baca entry korang yang meletops tu. Ingat ya kawan-kawan. tak salah nak font kecil, tapi korang kena pandai susun perenggan/ayat. means kalau font kecil tu jangan la satu perenggan korang 1000 patah perkataan. faham tak? yang penting orang tak sakit mata baca entry awak, itu bermakna blog awak dah okay! Yayyy
p/s : Sejujurnya Ain still mencari font yang cantik untuk blog Ain tsk!
3. Drama/Movie Review
Ain sangat suka baca review drama or movie yang direview setulus hati dengan bahasa korang sendiri dan bukan kopipes dari orang lain. Maksudnya review tu memang korang tengok cerita tu then korang share dengan pembaca. Eh takpe jadi spoilers pun janji korang mention dekat atas entry tu " maaf unsur spoiler banyak " sebab kadang2 dah tgok cerita tu then nak tahu pendapat orang lain. Kadang-kadang baru tau kewujudan cerita tu lepastu baca sinopsis mcm best terus tak tentu arah nak tengok jugak. Ke Ain je gelabah mcmtu? hihihi
4. Cerita Peribadi
Ehhh bukan jaga tepi kain orang. Korang kena igt tak semua pembaca kita ni diorang kenal kita personally. So cara nak kenal and rapat serta buat kawan dalam dunia blog ni adalah dengan jadi "syok sendiri" cerita pasal korang supaya kitaorang yang tak kenal ni boleh kenal :) Tipulah tak suka baca cerita pasal artis. So korang anggap je korang tu artis. :P TAPI jangan pulak cerita nak burukkan orang je awak nak canang. Aib sendiri juga kena jaga okeh
5. Entry Bergambar
Ain suka sangat baca blog yang gambar dia banyak, tapi bukan bermaksud gambar je penuh sampai takdak cerita langsung :') Kalau gambo lawo okay lah kan. acceptable. Ini untuk mereka yang sangat suka bercerita. kalau boleh hundred thousand words dalam satu entry. Boleh takdak masalah. janji ada selingan gambar untuk cuci mata.
p/s : selalu untuk blog travellers
6. Entry terlalu Panjang dan ........
Macam Ain cakap dekat no 5 tu lah. Better avoid karangan spm korang kalau tak berniat nak letak gambo ;') Ciannn pembaca awak nak baca entry yang panjang. Dah la panjang hambar pulak tu #sentap
7. Cbox & Button Follow
Dua perkara ni sangat dititik beratkan ya anak-anak. Kadang2 malas nak komen sebab paham-paham la kalau muncul approve kalau bukan robot bagai tu. Haih sangat la tak suka. Jadi Ain lagi suka blog yg ada Cbox. Mesra blogwalk katanya. Cbox dengan butang follow tu jangan la sorok sis. Susah nak cari :')
Setakat ni cukup lah yang ni dulu. Ini cuma pendapat peribadi Ain. Jangan pulak ada yang terasa hati. Blog Ain pun buruk jugak. tahu. Dah la putih hambar pulak tu. Sebab tu kita suka singgah blog awak! haaaaaaaa
Okay sini dulu,
- Baca tanda sayang, Jenguk tanda rindu -