I MET MY FOREVER BAE! PARK BOGUM ❤️❤️❤️❤️❤️
by
Ain Athirah
- March 17, 2018
❤️❤️❤️Park Bogum ❤️❤️❤️
Bombastick je veux ton bombastic hey yo
Tengok tittle pun dah tahu Ain nak cerita apa. Ain dah excited teruk nau nau dah ni. Smpai gatal2 tangan nak ceritaa dengan korang. Nak share dengan korang! MY FIRST EVER EXPERIENCE MET KOREAN ACTOR IN MY LIFE. dengan dua bijik mata ni. Eh Ain pakai spek so 4 mata ni LIVE KORANG LIVEEEEEEEEEEEEEEEEEEE. Kalau korang berminat boleh terus baca. Kalau jenis korang yang memang allergic dengan Kpop ke apa ke sila la keluar dari sini. Sebab akan penuh dengan bunga2 dia bawah
Ceritanya begini...
Rasanya minggu lepas kot ada nmpk dkt facebook samsung nak launch samsung baru s9 & s9+ rasanya. Kalau tak salah. Ingat aku peduli? Yang Ain nampak cuma PARK BOGUM! Lepastu terus macam ottokeeee Bae nak datang Malaysia la. Pavilion pulak tu. Dekat tak dekat la tapi kalau i nekad boleh sampai ni. Kata seorang Ain Athirah di dalam hati. Lpastu macam em takpe lah. Nnti bila dah kerja ada duit kota pergi kalau ada dia buat fans meeting ke apa kan. Pujuk diri sendiri. Okay part ni dah habis. Settle!
Yang menjadi masalahnya bila hari rabu selasa (13 Mac) tetiba ada sorang classmate ni tanya "Eh Ain, Park Bogum nak datang Malaysia ni. Taknak pegi ke?" DAH LA TEGUR AKU DEKAT ATM TAK KE. MENGELUPUR AKU MASA TU DAPAT SOALAN GITU! haha. Lepastu terus macam emm tak kot sambil control menggeletis. Lepastu dia sambung lagi "Cine nak pegi, pegi la dengan Cine. Cine takde kawan" Cine tu melayu okay dan dia perempuan. Idk why Cine tpi since diploma memang panggil Cine. Tp bila orang utara macam aku sebut jadi la Cina hahaha. Lpastu aku macam oh yeke. Haaa nnti aku fikir balik. Engko bayang tengah beratur dekat atm tu boleh sembang pasal Park Bogum haha nasib tak kena hambat dengan mop lantai.
Dipendekkan cerita..... Kitorang pun jadi pegi. Maka hari Khamis lepas habis je kelas jam 4 ptg tu gigih la kitorang bertiga iaitu Ain, Cine and Miza aka Jon gerak ke Pavilion, Kuala Lumpur yang mengambil masa 1jam 5 minit dengan menaiki kereta Satria Neo berwarna kuning Fana (Thanks Fana pinjamkan kereta!) Cine drive.
Around 5.30 mcm tu kitorang smpai Pavilion lepas sesat beberapa kali. Nak parking pun boleh sesat. Terlajak lah salah jalan lah. Masuk je parking Pavilion tu terus berexplorace ke surau utk solat asar. Igt ye kawan2 nak jumpa artis ke apa ke tak kisah la. Solat jangan tinggal. Jangan sesekali!
Park Bogum dijadualkan masuk 6.30pm tapi aku rasa yang managed masa dia tu melayu so dalam 7.05 pm mcmtu baru dia smpai! Geram pulak kita. Aku tak penah tunggu orang berdiri sampai sejam lebih! Nasib bae so macam rileks Ain. All iz well. Eh eh.
Ni situasi masa tiap kali vellfire hitam lalu hahaha. Semua angkat phone nak ambik gambaq. Termasuk la Ain!
Beberapa kali kami ditipu kononnya Park Bogum dah smpai. Everytime kereta Vellfire hitam tinted lalu mesti semua jerit siap angkat kamera masing2. Padahal tu bukan dia 😭😭 ala ngok ngek betul. Memainkan perasaan orang. Everyone there is INSANE I SWEAR including me hahaha
Pintu masuk. Nampak tak baju pink tu ❤️Lahaiii melting 🌻🌻🌻
Lepastu masa Bae masuk tu terus macam Ya Allah.. PARK BOGUM kah itu 😭😭😭❤️❤️❤️ why so handsome whyyyyyyyyyyyyyyy. Handsome cute alaa semua la ada dkt hang Bogum oi! Ni kalau bawak balik rumah ni 18 bulan duduk rumah tenung muka dia eh eh. Overnyaaaaa 😭😭😂
Tp kitaorang mula2 macam nak tggu dkt pintu masuk tu je sebab Bogum memang akan balik ikut laluan tu jugak. Lepastu bila dia dah naik pentas kitorang pun berlari la nak dptkan tempat yg best. Dari tingkat bawah smpai ke tingkat atas kitorang naik utk dptkan view yang paling best. Tp cuma mimpi je lah kan. Memang tak la. Dah la FREE. Nak view yang baik jangan baraplah kan. Lepastu kitorang pun turun balik. Dpt la tgok dekat skrin tu haha. Jadilah. Daripada tak dpt langsung tatap dia yang haihhhh cayaaq sis...
Dari kanan pentas. Tingkat bawah
Berlari ke tingkat atas pulak, belah kiri
Ramai gila!
Lagi!!!
Even gambar pecah. Maklum la semua pakai iphone samsung bagai. Tetiba aku xiaomi je hahaha zoom mau tak pecah gambaq kan 😂😂 Time ni mula la rasa menyesal sebb tinggalkan camera dkt rumah. Haih. Lepasni kena balik ambik ni. Incase unplanning event macam ni ada lagi. *kesat air mata*
Ramai gilaaaaaaaa. Ni tingkat atas tau. Tingkat bawah ada utk yg bayar mcm tu la. Pun penuh gila!
Even dapat lambai2 je :') tetap berbunga2 hati ni haih 😍😍😍😍 masa dkt masuk and keluar tu ada video je. Sebab video takleh masuk dkt sini. Ada post dkt Facebook je hehehe.
Dia ada cakap "Aku cinta padamu" Allahu 😍❤️😍❤️😍❤️😍❤️😍❤️😍❤️😍❤️😍❤️
Thank you cine and jon!!!
Nak jugak post gambaq sendiri! Dengan beg pegi kelas :') Demi Park Bogum ❤️❤️❤️
Terima kasih sudi baca
AA