My 2018 Skincare Routine (All Drugstore Products)
by
Ain Athirah
- February 26, 2018
Hi, Assalamualaikum.
Seperti yang dijanjikan entry yang lepas Ain kan cakap kalau rajin nak buat my skincare routine. Sebab harini rajin maka terhasil la entry ini untuk tatapan anak cucu masa depan.
Okay first nak bagitau sini Ain pun bukannya reti sangat pasal skincare apa semua ni. Mana yang Ain rasa okay by review orang lain so Ain okay je. haha Makanya rajin-rajin la baca ye kawan-kawan. So far kulit takdak masalah apa, jadi Ain pakai je. Ingat beli barang yang awak nak letak dekat muka bukan boleh main bedal. Banyakkan membaca, tengok reviews orang. Entry ni korang baca boleh tiru jangan. Haha kalau berminat pegi baca review orang lain sama. Okay jom start.
p/s : Kalau korang nak tau step yang betul untuk cuci muka ni korang scroll terus bawah Alright!
My Skin type : Boleh refer entry SINI
1. Cleanser
Ain pakai 2 cleanser/ Pencuci muka sebab panjang cerita dia. Kita pendekkan sebab balik kampung tak bawak balik pencuci muka maka beli la yang baru haha. Sebenarnya okay je kalau pakai 2 pencuci muka tapi bukan dalam masa yang sama. Ain pakai satu untuk siang satu lagi malam. Sehari 3 kali cuci muka.
Siang 2 kali : Senka Perfect Double wash. Harga lebih kurang RM17 di Watsons
Malam 1 kali : Good Virtues Co Black Seed Oil Brightning Cleanser. Harga lebih kurang RM11 di Watsons
2. Toner
Wajib pakai lepas cuci muka. Cara pakai, Korang tuang atas kapas lepastu korang dab dab dekat muka.
Toner pun Ain pakai 2 jugak haha. Jangan tiru ini ya kawan-kawan. Harga semua dah explain dekat SINI. Dua-dua best sebab cepat serap!
Siang : Hada Labo Hydrating Lotion
Malam : Simple Soothing Facial Toner
3. Skrub, Moisturiser, Mask & Sunblock
SIMPLE Hydrating Light Moisturiser. Harga lebih kurang RM20 di Watsons.
BIORE UV Perfect Block Milk Moisture. Harga lebih kurang RM20 di Watsons. (as a sunblock)
RVC Scrub by Akma Abdullah. Harga RM18. Tapi packaging dia dah besar sikit la. Yang Ain guna ni masa mula-mula dulu RM15 je. And yg ni 2nd botol okay. Best gila. Sebab dia guna natural ingredients mcm beras,kunyit dan serbuk kayu manis. Korang search je dkt Facebook Akma Abdullah.
FREEMAN Sweet Tea & Lemon Peel-Away Clay Mask. Harga RM26 di Watsons.
4. Lipbalm & Eye roll-on (Additional)
LipIce Fruity Apple RM10 di Watsons
SIMPLE Eyes Roll-on refer SINI
Ni nak cerita sikit. Sebelum ni Ain guna Vaseline tau. Ntah maybe tak serasi kot bibir Ain jadi kering sangat-sangat sampai berdarah sebab cabut yang kering tu. Lepastu terus stop guna Vaseline. and Ain pergi Watsons and beli LipIce ni. And after 2-3 days terus baik. Fuhhh boleh la tarik nafas lega.
Btw Vaseline ( Bukan lotion tau.) ni kalau korang sapu dekat siku, dekat buku lali and lutut korang kan memnag best gila sebab kalau sebelum ni korang pegang macam kulit kasar kan. Kini tidak lagi! Selembut kulit bayi gitu. Tapi dia macam melekit sikit la. Alaa nak cantik kan? Serius Ain dah try sebab tu suggest dekat korang.
Nah lanje sikit bare face kita. hehe bertemankan cahaya lampu kalimantang bilik.
Bawah ni Ain susun terus langkah-langkah betul untuk korang jaga kulit muka korang. Kalau korang maintain steps mcmni InshaAllah kulit korang okay.
Step 1 : Cleanser
Step 2 : Scrub muka anda 2 kali seminggu ya kawan-kawan. Wajib!
Step 3 : Toner
Step 4 : Serum
Step 5 : Moisturiser
Kalau korang rasa korang nak keluar sila tambah
Step 6 : Sunblock
Step 7 : Primer
Step 8 : Foundation
Okay next nak buat entry pasal apa pulak? Hmmm My Daily Make-up look? Korang okay tak? Kalau rajin la. Since dah nak balik kampus dah hehe
So apa korang punya skincare routine? Share dekat komen okay!
Thank you sudi baca. 👑