Pengalaman Minggu Destini Siswa ( MDS ) / Minggu Orientasi
Assalamualaikum wbt and Hai geng !
P/s Entry kalini takdo gambaq, nak baca silakan. Takmo baca jugak *kelip-kelip mata* huhuhu. dan entry ni panjang. Hm
Untuk adik2 yang dapat UITM tu SALAM UITM DIHATIKU ! *sambil pasang lagu uitm dihatiku*
Dan yang dapat IPTA,IPTS dan lain2 institusi tahniah diucapkan. yang tak dapat mana2 jangan sedih rezeki korang ada cuma Allah tahan sekejap. JANGAN GIVEUP !
MDS minggu paling menyampah lah untuk semua pelajar-pelajar UiTM. betul tak ? hahaha. Seminggu tu rasa mcm arghhhhhh cepat la habis ! Bencinyaaaaaa ke aku sorang je mcmtu ? huhu
Aku ( baca : sila tukar panggilan ikut keselesaan anda okeh! ) intake 1st UiTM untuk batch 1995. Jun 2013 tu memang permulaan yang aku kena tempoh 3 tahun jauh dengan family ( ceh! mcm tak pernah duduk asrama sebelum ni, gewwdik ngat ) padahal tak jauh pun. UiTM Pulau Pinang dengan rumah aku sejam je . huhu. Abah pun kerja area Butterworth memang kalau nak balik hari2 tu takdek hal lah.
Hari 1st jejak kaki tu, mcm wow aku masuk Universiti lah. Dengan penuh santun dan senyuman paling manis lah kakak2 and abang2 yang jaga depan pagaq depan tu. hamboih hamboih. Lepastu pergi daftar apa kolej (baca : asrama). Kalau UiTMPP punya kolej untuk siswi dia mcm rumah sikit. Satu rumah ada 2 bilik. Sebilik 4 orang. So satu rumah 8 orang. ( tak semua kolej mcm kolej yang aku dapat ) Masa masuk bilik tu terus macam " Eh ! WAWA !!!!!!!!!" Macam nak meloncat masatu weh! Sebab sebilik dengan member sekolah SMVKK dulu. hahaha. Okay aku rasa aku dah lari topik.
Dalam pukul 3 ptg mcm tu semua ibu bapa kena byebye anak2 derang. Sebab MDS bakal bermula. Fuhhh cedih kite. haha. Lepastu kita berkumpul dkt Dewan makan. Lepastu ada lah kakak Pemimpin Mahasiswa (PM) ni escort Pelajar baru (PB) pegi ke dewan besar. Aku tak ingat hari 1st, 2nd dan seterusnya aku buat apa. So aku concludekan lah semua okeh ?
Masa MDS tu memang 4 pagi sampai 12 malam tu mcm rutin harian ah dalam masa seminggu ni. Sepanjang minggu tu AKU BENCI GILA DENGAN KAKAK2 PM. serius. Semorang pun rasa benda yang sama kut.
Bayangkan semua buat nak kena PANTAS SISWI ! Makan pun kena cepat T.T . Engko bygkan tengah makan sesedap ni tetiba kena jerkah " Ha yang tu makan lambat2 kenapa, cepat sikit kawan2 lain nak duduk pulak ! " Terus tak sedap nasik tu :( Jahat tau hahahaha
Lepastu kalau tak boleh solat kena duduk dekat luar dewan sementara tunggu kawan2 yang lain siap solat. Smabil tu kena tarbiah sentap dengan kakak2 PM , kena perli2. Yang tudung singkat kena, yang nampak rambut kena semua kenalah ! Memang minggu tu even hang pakai telekung pun still orang nak kondem. hahaha
Lepastu bila masuk dewan bayangkan kena duduk lepastu dengar pulak slot2 yang Huwaaaaaa *menguap*
Aku tak ingt hari ke 3 or 4 mcm tu kami dikejutkan dengan DR. SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR datang wehhhhhh ! Angkasawan Malaysia yang Pertama! Masa tu memang mcm waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Kakak2 senior pun jealous dengan batch kami. huhu. Aku dapat sign dia tapi buku tu hilang aku letak mana ntah. Ntah2 aku dah buang! hahahaha. Kecik hati DR SMS kalau dia dapat tau aku buang sign dia. ( Oh tq jugak dekat awak yang tolong hulurkan buku kita supaya SMS dapat sign hihi. Tapi kita dah lupa muka awak lepas Dr SMS balik )
Lepastu ada satu malam tu kami tengok movie 3 Idiots dengan Rector. Hahahah sempoi gila kan Rector Prof Zaki ! Sekarang Rector dah baru. huhu. Sebab termasuk haritu ntah berapa kali dah aku tengok movie tu. Siap hafal lagi jalan cerita dia. Siap aku bleh cerita balik dekt kawan sebelah tu apa jadi lepastu, sampai dia begang dengan aku lalu aku ambil keputusan untuk tidoq sambil baring HAHAHAHAH. Even sebelum tu rector dah pesan jangan tidur tau. OKEY ! dah la tengah gelap lepastu beraircond pulak. memang tak la aku nak berjaga ! huhu. Paling takleh blah aku pesan dekat dia " Nanti dah hbis sebelum lampu pasang kejutkan boleh? " huhu
Sebab dari ahad sampai khamis memang tidoq 4 jam je. Hari jumaat tu masa hari perjumpaan dengan lectures faculty aku tak join sebab tumbang. Ya tohannn malu gila ! HAHAHHA. Lepastu kakak2 PM tu bawak aku masuk dewan bali. Sambil urut2 badan aku. Lepastu aku menangis tau sebab malu HAHAHAHAH. Tapi dorang igt aku nangis sebab sakit. Kakak tu siap cakap lagi " Jangan menangis, sakit tu Allah bagi. Sakit tu penghapus dosa kecil. " ye lah kak. Andai kak tau sebab apa saya menangis mesti akak taknak urut saya dah ! hahaha. Thankyou kak Ain and Kak yang tangan kena Charlie tu. ( tak igt nama tapi muka kenal ! ) masa tu baru aku rasa okay tak semua kakak PM tu jahat. lepastu aku dah tak benci dah PM2 semua tu. heheh
Dah start join kelab dalam UiTM baru faham kenapa dorang train kita mcm tu masa MDS. Sebab tu langkah awal korang kena tahan untuk hadap 3 tahun mendatang. Lepas hbis dari MDS tu dah takdak yang nak tegur salah korang. Pepandai engko lah nak buat apa pun.
Tips di IPT :
1) Pandai cari kawan ( Ini paling penting, sebab kawan tu membentuk dan mencermin kita. Ye betul walaupun tak semua. Yang baik ikut, yang buruk tolak kalau tak mampu nasihat jauhkan diri sambil doakan untuk dia )
2) Jaga diri. Sebab korang bawak maruah mak ayah. ingat tu.
3) Buat baik dengan orang. Tapi biaq berpada-pada. faham ?
4) Join je kelab yang nampak mcm bagi manfaat dekt korang.Kalau UiTMPP joinlah kelab IKRAM tau ! HAHAHAHAH PROMOTE NIH! next time kalau rajin aku buat entry pasal kelab IKAM NI. cuma basic dia ni kelab fasilitator.
5)Jangan ponteng kelas sesaja! Jangan sesekali.
6) Jangan copy paste kerja orang ! Taktau tanya bukan tiru bulat2. lulz. kata nak berjaya.
7) Berbaik dengan lecturer. Sebab banyak faedah dia! bukan jadi kaki bodek ye adik2
8) Kalau boleh biasakan diri jejak kaki dekat Pusat Islam ( Kalau UiTM panggil masjid dalam UiTM tu Pusat Islam )
9) Pandai pilih tempat makan. Murah dan sedap.! hahaha kewangan sangat penting ye anak2.
10) Orang cakap cari pasangan masa Universtiti. Sukati engko lah janji pandai jaga diri.
11) Agenda terlanggar bahu kutip buku tu 3 tahun belajar tak pernah jumpa pun lagi huhuhu.
12) Assignment tu buat awal ( haah kakak korang ni pun buat last minute huhu )
13) Assingment group jangan jadi sleeping partner tau adik2. Ya Allah tolong la jangn buat perangai mcm ni. next sem korang sendiri menyesal sebb takdek nak group dengan awak.
14) Makanan tu jangan kedekut sgt ! Hahahaha. kalau boleh kongsi2 lah dengan roomaes korang tu.
15) Kalau nak jadi forever alone ke geng meletops ke sukati engko lah. Janji tak susahkan orang. huhu
16) Rapatkan diri dengan senior sebab senang nak daptkan tips and buku murah HAHAHAHHAAHA
haaaaa setakat tu itu jelah. Kakak2 yang lain kalau nak tambah boleh komen dekt bawah
Apa-apa pun Goodluck adik2 ! MDS ni best sebenarnya sebab awak akan jumpa raaaaaaaaaaaaaaaaaamai snagat kawan baru. Lepastu hbis MDS jumpa dekat luar pun buat tak kenai. huhu. Jangan takut. Buat dek je. Dorang pun manusia jugak. Bukan rimau pun yang jaga korang tu. Plus dorang pun kena benda yang sama dorang buat dekat awak.
6 comments
hai, adik saya pun akan daftar ke uitm kampus bukit mertajam :D hihi kita eksaited baca entri awak sbb nk share dgn adik kita nnti. thank you for sharing :D
ReplyDeleteoh really ????? Waaaaaaa. Amik corse apa ? Say hi dkt adik awka tau ! hehe. Takleh jumpa kita dah hbis :(
Deletehahahahha....mds dia akan best kalau kita enjoy...tapi memang akan bengang jugak dengan ke-kerek-an OC2...
ReplyDeletepanaih ai kalau ingat...hahahha
apa2 pun itulah memori pemula kenal dunia universiti... :)
salam UiTM di hatiku! Minggu MDS memang paling menyeksakan tapi seronok jugak hahaha :p
ReplyDeletebetul sangat, minggu orientasi tu rasanya ya ampunnnnn..seksanya la haiii..sakit jewaaa
ReplyDeleteCara Check Nombor Ahli KWSP & Perkeso
semua tips tu bagus ain.. Harapnya adik-adik yang baru masuk belajar, manfaatkanlah..
ReplyDeleteKomen la mana tau kita boleh jadi kawan ? Jangan malu jangan segan tinggalkan URL Blog anda untuk Ain balas kunjungan yaaaaaa ❤