Surat dari Suhaila
Seorang gadis dan teruna sudah 4 tahun dalam 'relationship' yang kononnya akan berakhir dengan satu ikatan yang sah dengan penuh rasa bahagia. Pada gadis itu, teruna tersebut yang berjaya merawat luka dihati apabila pernah dikecewakan oleh seorang lelaki lain. Datangnya sekali memberi kata-kata manis. Namun sayang, sekali lagi gadis itu dikecewakan oleh lelaki yang disayanginya itu. Malangnya kamu wahai gadis polos. Ternyata Amri jumpa seorang yang jauh lebih baik, bagus and you name it. Pedihnya rasa hati. Setelah setahun berpisah, Amri kembali dengan menabur lagi kata-kata yang membuatkan Suhaila begitu yakin he is the one. Tak salah bagi peluang kedua bukan? Eh kemon semua orang buat salah. Kita manusia, takdak yang sempurna. Peluang kedua yang Suhaila bagi, Amri gunakan sebaik mungkin. "Tidak akan aku sia-siakan ia lagi" Tekad sang teruna.
Amri berani melangkah lebih maju untuk membuktikan kesungguhan cinta beliau kepada Suhaila. Berani berjumpa dengan orang tua Suhaila. Raya datang rumah, balik cuti sem singgah rumah. Semata-mata ingin berkenal-kenalan dengan orang tua Suahila. Bahkan hari graduasi Suhaila juga Amri sanggup turun semata-mata ingin meraikan hari bermakna itu. Suhaila merasa dia adalah gadis paling bahagia. Mana tak nya, mak ayah Suhaila sampai bagi kepercayaan dan keizinan untuk Amri lepak dengan anak gadis mereka selepas selesai majlis graduasi.
Tapi Suhaila pernah terfikir, sepanjang mereka berkenalan tiada tanda-tanda pun yang Amri akan kenalkan Suhaila dengan orang tua Amri. Tapi Suhaila tidak pernah menyoalkan perkara ini. Cuma kadang-kadang sedikit tersinggung dan cemburu dengan rakan-rakannya yang lain dimana teman lelaki mereka beria-ria bawa mereka bersua muka, berkenalan dengan rapat kepada orang tua masing-masing. Ah beruntung sungguh kalian.... Suhaila hanya mampu tersenyum. kosong
Ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis mengundang...
Peluang kedua tadi Amri khianati lagi. Buat sekian kalinya luka dihati berdarah kembali. Pedih, perit, kecewa, terluka, sedih, semua ada menjadi satu. Kali ini hati Suhaila ibarat dipijak hancur, dihempas berderai. Jika cuba dicantum kembali, itu cuma mimpi. Bahkan bentuk jugak sudah hilang dari asalnya.
Suhaila tahu semua ini ada hikmahnya. Suhaila cuma mahu mula menyayangi diri sendiri, mahu menghormati diri sendiri, mahu mula memberi kebahagiaan kepada diri sendiri. Sungguh Suhaila sayang dirinya. Suhaila dah tak mampu mahu menipu diri sendiri. Dalam bahagia rupnaya dia sangat derita. Benar. Sakit yang tiada perkataan yang boleh diungkapkan... Suhaila mula melepaskan semua. Suhaila ingin hidup bahagia yang sebenar. Meski dia mengakui dia rindu, dan masih sayang. Tapi apa gunanya sayang kalau sayang itu membunuh hatinya yang tulus mencintai seseorang. Bagi suhaila biarlah dia derita merindui Amri sekarang dari meneruskan hubungan yang bakal meragut saluran pernafasan hatinya suatu hari nanti.
Terima kasih atas segala kasih sayang yang kau berikan dulu, aku hargai. Tidak ada sekali pun aku meletakkan segala kesalahan ke atas kau, aku jugak punya khilaf dalam retaknya hubungan kita. Jujur aku masih sayang tapi maaf aku lagi sayang diri sendiri....
Ikhlas,
Suhaila
Akhirnya aku berpura-pura pekak dan berlalu tanpa menyahut panggilan itu kembali. Aku tak mampu
5 comments
hi.. jom join Giveaway.. ada banyak hadiah menarik :)
ReplyDeletehttps://intansaffyna.blogspot.my/2017/10/giveaway-besar-besaran-by-intan-saffyna.html
Salam singgah dan follow :)
ReplyDeleteJemput join GA sy
http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html
wahhh mcm baca novel..
ReplyDeletejenjalan sambil follow sini
#677 jenjalan n follow kite jugak <3
Kesakitan akan diubati oleh masa.. Saat kita mula menyayangi diri sendiri.. InsyaAllah..
ReplyDeleteTersentuh hati.. mendalam sangat kata-kata tu.. T_T
ReplyDeleteKomen la mana tau kita boleh jadi kawan ? Jangan malu jangan segan tinggalkan URL Blog anda untuk Ain balas kunjungan yaaaaaa ❤