Alhamdulillah. Selesai Dos Pertama Vaksin l HELOAIN BAB 2
Pakai filter dekat IG je geng. Senang.
Assalamualaikum and hai geng!
20 July 2021
Selepas selesai solat maghrib. Aku pun tengok la story whatsapp kawan-kawan. Lepastu aku nampak status Husna yang mengatakan dia dah dapat tarikh Vaksin. Aku pun apa lagi. Seronoknyaaaaaa member dah dapat! Jealous iolss tauuuuu
Me : Mana aci T.T . Okay la Okay la. Aku sikit lagi kot... Hg register awai lagi dari aku hahaha
Husna : Hahahahaha hg tak dapat lagi kaa? Bila register. Aku dok tgok hari2 ni
Me : Belummmmmmmmmmmmmmmm. 1 Mac. Sama laa. Hari2 update gegeh betoi haha
Husna : Minggu depan confirm nama hang pulak
Me : Amiinnnnn. Hang bila masuk cip?
( A second after send . LITERALLY A SECOND AFTER SEND! Dapat SMS dari 63839 dan Notifikasi Mysejahtera butiran temujanji )
Me : Wehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh . Panjang umoqqqq. Alhammdulillah T.T yayyyyyyyyy
Aku sampai gigil-gigil bukan Mysejahtera nak tengok betul tak. Haha punya excited!
Thank you korang yang doakan dekat entry lepas. Mungkin tu salah satu doa-doa korang yang dimakbulkan. Alhamdulillah. Thank you againnnnnn
24 July 2021
Hari yang dinanti.
Harini merupakan hari aku akan di vaksin dos pertama. Excited lah takkan tak excited! Aku dapat appointment 3 petang. Pagi tu macam biasa je settlekan kerja-kerja dekat kebun & kerja rumah sikit. Dalam pukul 1.15 macam tu siap-siap , solat zohor semua selesai dalam 2.10 kami gerak ke Bagan Serai. Aku minta abah temankan. Asalnya plan Hafizi ( Tunang ) yang nak temankan. Eh eh tetiba jumaat tu ada pekerja dekat tempat kerja Hafizi positif Covid. Tapi Hafizi tak ada contact rapat pun dengan pekerja tu. Tempat kerja pun lain-lain. Cuma satu kilang. Tapi untuk langkah berjaga-jaga Hafizi batalkan hasrat nak temankan aku gituuuu. Korang, zaman covid ni kita kena belajar bersangka buruk tau dengan orang bila melibatkan Covid ni. Nak buat macam mana demi keselamatan diri kita jugak. Jangan sebab selfish kita, orang lain merana. Jangan ye.
Disclaimer : Hafizi dengan aku rumah tak jauh pun. Kitorang jiran kampung je. Satu mukim. Rumah aku dengan rumah dia jarak kurang 15 minit. Sangat dekat. Kalau bawak laju tak sampai 10 minit dah sampai. Even kitorang rumah dekat. Selama berkawan ni kitorang jumpa sebulan sekali je ( Sebelum Covid ) ,Lepas covid .... ntah tak sampai 10 kali rasanya kami jumpa.
Okay sambung.
Aku minta abah temankan. Abah pun on saja. Jarak rumah ke PPV Dewan Dato' Zainal Abidin Zin ambil masa 25-30 minit. Dalam pukul 2.30 petang macam tu kami sampai. Fuhh banyak juga ya kereta.. Harap-harap tak lama lah.
Abah drop off aku depan pintu pagar dan aku proceed kerja aku, abah tunggu dalam kereta. Aku pun masuk ke perkarangan dewa tu disambut seorang uncle RELA. Tak tahu la. Uncle tu suruh aku tunggu dekat temapt menunggu. Aku macam aik.... Sebab aku melenggang sangat kot haha. mula-mula aku bejalan juga nak ke khemah menunggu tu. Tapi aku nampak sorang brader ni dia bagitahu uncle tu dia penerima vaksin harini. Uncle tu suruh dia register dekat bawah 1 khemah yang lain. Aku pun patah balik, lepastu bagitahu uncle tu. " Uncle saya sdatang nak cucuk vaksin " Uncle tu macam dengar tak dengar kot. Lepastu luckily ada sorang lagi encik RELA approach aku
" Puan temujanji ka hari ni? "
Puan :') Ye. Aku pakai inai 10 jari ya sehari sebelum p vaksin. gatai!
" Haaa ya saya " Jawab aku dengan tenang dan waras . Tibahhhh
" Okay Puan scan dulu Mysejahtera macam biasa. Guna scan yang macam Puan pergi kedai tu. Haa scan yang tu. " Kata Encik RELA
" Okay, okay " Aku mengikut arahan.
Selesai Scan, Encik RELA tu escort ya aku sampai kaunter pertama dipanggil TRIAGE ke apa ntah . Dekat situ bagi Kad Pengenalan Diri / IC. Selesai Encik RELA tu guide aku dan minta aku ke khemah menunggu. Terima kasih Encik & uncle RELA! Ramah mesra elok. Jangan lupa ucap TERIMA KASIH setiap kali dorang tolong atau inform apa-apa.
Sampai bawah khemas, Seorang petugas approach & bagi borang persetujuan vaksin untuk diisi. Bagus betul layanan dorang. Koranggg tolong BAWAK PEN SENDIRI. Lepas isi siap, saudara petugas tu assist pula untuk next step. Bawa borang dan pergi ambil nombor giliran. Sini still pakai manual. Pakai tag number kena gantung dekat laher bagi pengecaman korang Penerima Dos pertama atau Dos kedua. Walaupun nampak traditional. Tapi aku puji ya. SANGAT TERATUR DAN TENANG sepanjang process. Tahniah para petugas PPV Dewan Dato Zainal Abidin Bagan Serai. Kemudian ke kaunter kedua macam kaunter declaration kot. Situ Petugas kesihatan ( Nurse ) yang jaga. Dekat kaunter ni kalau ada apa-apa nak declare korang bagitahu lah ye. Alergi ubat ka, demam ka, selsema ka, batuk ka, Pregnant ka, Breasfeeding ka ( Even dalam form yang isi tadi dah declare tapi still kena double triple confirm kan ) Lepastu kalau ada kontak rapat ke, awak positif covid ke tolong bagitahu dan mengaku. Sebab aku pakai inai, Nurse tu tanya
Nurse : Ain Athirah, Awak baru kahwin ke? Saya nampak pakai inai tu
Me : Ehh dak. haa tu la. saya pun menyesai pakai.
Dan kami pun ketawa. Tibahh
Nurse : Saya kena tanya. Takut awak pregnant. Tak boleh proceed cucuk.
Me : Oh faham faham. Tak tak , saya tak kahwin, saya tak pregnant.
Nurse : Okay. kalau macam tu boleh masuk dalam dewan ya.
Me : Okiii. Terima kasihhhh
Kemudian masuk dewan duduk. Ada pakcik RELA yang akan assist kena duduk mana semua. Dah duduk. Lepastu tunggu dipanggil untuk ke kaunter ketiga pula. Kaunter ni macam emmmmm Pendaftaran kot. Kot lah. Taktau la nama. Banyak sangat kaunter. Tapi sumpah tak complicated. Smooth and steady je. Selagi tak cucuk, IC tu pegang je dekat tangan , jangan simpan dulu. Dekat kaunter ni dia tanya nama & pekerjaan. Taktau la. dekat aku dia tanya dua tu ja. haha. Then pergi satu bahagian lagi tempat menunggu sebelum divaksin. Dekat situ boleh la tengok screen dorang paparkan pasal step vaksinasi semua lah. Tak lama pun. dalam kurang dari 10 minit dah kena panggil untuk masuk bilik cucuk tu. Sini tadi aku perasan ada 5 ke 6 bilik. Satu bilik ada 2 petugas kesihatan yang akan bertanggungjawab untuk cucuk. Jadi 2 orang penerima akan disuntik dalam satu masa. Gituu.
Aku masuk dengan sorang mamat ni. Dia cakap dia cikgu. Lega jugak sebab masa cucuk dia duduk depan, aku belakang dia. jadi terjaga lah aurat saya. hehe
Bagi borang dan ic, Kemudian duduk dekat kerusi untuk disuntik tu.
Me : Misi, boleh kan saya nak record?
Nurse : Boleh. Tapi record awak dengan lengan sahaja. Jangan bagi nampak orang lain nah
Me : Okiiii no problem! Terima kasih
Aku pun ready la bukak camera. last-last aku tak record part cucuk tu sebab ntah lah aku tekan apa. jebon betoi. *rolled eyes*
Nurse : Okay ini bla bla bla bla ( Nurse tu tunjuk dan declare vaksin tu ) Aku pun okay go nurse! Cucukkk pattt. Lahh tibahh
Masa cucuk tu tak rasa langsung. Tapi sebab aku nampak dekat camera aku so aku macam oh dah cucuk. Tak sakit pun. Tahu-tahu nurse cakap okay siap.
Nurse : Okay dah. Bangun duduk dekat kerusi satu lagi tunggu sat nah.
Me : Okii Terima kasihh
ha gituuu senang process nya. Aku last kena cucuk ntah lah nak. Sekolah rendah gamaknya sebab aku tak ingat langsunggggggg. Alhamdulillah tak pernah sakit sampai kena cucuk2 selama aku ingat ni.
Lepastu nurse yang tulis nama dekat kad vaksin tu panggil
Nurse : Okay Nur Athirah, ni kad awak
Me : Misi, saya Ain Athirah.
Nurse : Ohh haaa Ain Athirah. Sorry-sorry. Nama salah sebut takpa jangan salah tulis
Me : Nama & Ic Misi tulis betul. Okii Terima kasihhhh
Mesti penat kan kerja dari pagi :') Besar jasa korang
Then pergi dekat tenpat macam kena tunggu 15 minit sebelum boleh balik sebab nak tahu kot ada apa-apa effect kan. Melangut la aku 15 minit haha. Then dah cukup masa. Nama dipanggil untuk macam consult manja-manja gitu. Petugas tu akan tanya ada rasa pening-pening, sakit-sakit ke. Lepastu dorang inform juga next appointment bila. Lepastu dah boleh balik..
Sangatttttttttttttttt cepat. Kurang dari 30 minit. Mungkin sebab Dos Pertama. Kalau Dos kedua lama juga. Sebab ramai.
Aku doakan siapa yang masih menunggu akan dapat dalam masa terdekat. If ada yang belum register please please tolong tolong register and get your Vaccine. Tolang daftar dan dapatkan Vaksin okayyy. Tak rugi.
Tak sabar nak tunggu next appointment!
Barang yang perlu korang bawa / Prepare
1. Kad Pengenalan Diri / IC
2. Telefon bimbit & bateri yang penuh & make sure ada data atau internet
3. Pen
4. Pakai baju yang mudah nak selak sampai bahu
Kesan selepas suntik
1. Lepas 3-4 jam baru rasa sakit sikit tempat cucuk tu. Tapi sakit biasa je takda lah sakit sangat. kalau teringat baru rasa. kalau tak, okay je. Lupa pun diri kena cucuk tadi
2. Tak ada. Mengantuk tak. Lapar pun tak. Biasa ja semua. Normal macam biasa. Alhamdulillah
Jumpa next entry. Next should be entry Raya. Tengok lah kalau rajin
Salam.
33 comments
alhamdulillah.. setel 1st dose.. tgu 2nd dose plak ye.. pastu legaaa.. arapnya blh merentas negeri.. rmai xsabar nk blk kg.. haha..
ReplyDeleteguna filter ig pon ok.. aslkan ada gmbr kenangan.. xpyh berebut ngn org lain nk bergmbr kan..
Itu lah. Alhamdlillah. Selagi tak dapat selagi tu hari2 check MySejahtera hehehe.
DeleteMerentas negeri tu kena fikir banyak kali dulu.bagi peluang dekat yang betul2dah lama tak jumpa mak ayah / anak2 / family
Betuull.. Memang lepas cucuk tu nak balik je haha. sebab second dose nanti wajib gambar! heheh
Tahniah, Alhamdulillah Ain, semoga ada giliran akak dapat juga nanti
ReplyDeleteAminnnn amiinnn. Cik ash soon! Fuh fuh fuh. Update Mysejahtera selalu!
DeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteAlhamdulillah. <3
DeleteTahniah dah dapat vaksin
ReplyDeleteAlhamdulillah. :D
DeleteTahniah :) saya masih lagi menunggu giliran
ReplyDeleteAminnnnnn! Fuhh dapat
DeleteTerperinci betul tulis proses.
ReplyDeleteKikiki dekat sini je boleh share panjang2. Ain suka baca balik blog sendiri. Kenangan lah katakan. Kalau boleh semua benda nak story hahaha
DeleteAlhamdulillah.. Saya telah selamat 2 dos.. Jangan ada minta dos ketiga sudah le..
ReplyDeleteAlhamdulillah.uar-uar macam tu lah tuan :') Harapnya cuma uar-uar sajalah
DeleteAlhamdulillah dah setel dah satu dos!
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala urusan :)
Alhamdulillah! Terima kasih <3
Deletehahahaha tak masai ja nurse ingat dah kahwin. Sama lah lepas 3, 4 jam baru terasa sakit tu. Alhamdulillah dah selesai first dose kan, kita tunggu 2nd dose pulak
ReplyDeleteAlhamdulilah. Tu lah tak sabaqq rasanya
DeleteAlhamdulillah dapat juga selepas menunggu lama. Banyak pulak dramanya ye. Penangan pakai inai terus dapat puan. Memang cepat walaupun banyak kaunter. Tak sempat nak panas bontot menunggu. Berdebar pulak tunggu 2nd dose.
ReplyDeleteTu laa. harap2 second dose pun lajuuuu haha. taku la nak duduk luar lama2. Paranoid :')
Deletealhamdulillah.. tahniah ain
ReplyDeleteTerima kasih kakmim <3
DeleteAlhamdulillah, moga dos ke-2 nanti urusannya lancar dan mudah juga :)
ReplyDeleteAminnnn in Sha Allah Terima kasih kak farrah <3
DeleteTahniah Ain! Kak shida masih mnggu giliran.
ReplyDeleteSooonnnnnnn! Aminnn
DeleteTahniahhh...Hujung bulan Mei baru daftar ritu..Huhu~
ReplyDeleteSaya tunggu semua dah second dose la baru berani sikit ni..Hahaha..Bukan antivaksin tapi nak tengok dulu....gitu
faham-faham. Nka tengok dulu effectnya macam mana. betul2. Takpeee nanti cucuk okayyyy! hehe
DeleteFuh, tak pasai2 ja kan di-puankan. Haha
ReplyDeleteBest tak ada side effect banyak. Aien sampai la ni macam migrain sikit. ting tong pala mak nak~
Haha Cik TK pun pernah juga kena, orang ingat dah kawin sebab pakai inai!
ReplyDeleteHehe ambil gambar pakai filter pun nice! Ok la tu untuk kenang-kenangan! Lagipun nak ambil gambar di booth tu pun ramai kan...
yeayy.. alhamdulillah dh complete!
ReplyDeletealhamdulillah settled dah 1st dos ;-)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. selamat dah dos pertama.. yeah!!
ReplyDeleteKomen la mana tau kita boleh jadi kawan ? Jangan malu jangan segan tinggalkan URL Blog anda untuk Ain balas kunjungan yaaaaaa ❤