Life Update

by - September 06, 2019



Assalamualaikum and hi geng. Selamat datang bagi yang baru follow (Dah follow komen la dkt mana2 entry korang punya link blog. Boleh aku follow balik). Nama aku Ain.

Eh perempuan ni siapa? Tak pernah nampak pun sebelum ni. Tetiba muncul dari celah mana ntah.

Kemain hilang setahun lebih tetiba aktif balik yee hang Ain dkt blog ni. Amboiiiiiii

Sabar-sabar jangan marah-marah nanti cepat apa?? Ye cepat tua :P

Marilah aku ceritakan apa yang berlaku sepanjang setahun lebih aku menghilangkan diri ni... Untuk pengetahuan korang sebelum aku menghilangkan diri secara penuh dari dunia blogging ni aku ada la jugak update 1 -2 entry tahun lepas, tapi ada yang aku draftkan balik sebab hehe adalah sebabnya

Lepastu aku terlalu sibuk dengan final semester dengan nak buat thesis lagi, trip kelas lagi. Haa korang dag baca ke TRIP KEMBOJA aku tu? Tak terkejar ye semua. Paling sadis masa tengah buat thesis, laptop pulak buat hal. Yihhhh geram je aku. Orang tengah stress nak kejar dateline thesis semua, laptop aku boleh pulak buat perangai nak taknak je hidupnya. Bayangkan stressnya aku masa tu mcm mna. Menangis jugak la. Terkejar ke library cari komputer, pinjam laptop roomate. :') Kenangan betul.. Nasib result A, Alhamdulillah. Tahniah jugak buat geng thesis aku yang sabar dengan kerenah aku ni okay... 


Settle je hantar thesis, presentation semua laptop terus takleh bukak ye kawan kawan sekalian :') Aku ada hantar kedai rupanya Motherboard yang rosak. Memang tak boleh buat apa dah la. Terkubur la laptop tu dalam bag setahun lebih, sampai sekarang. Abah ada suruh pegi trade in mana2 kedai. Ada ke orang nak? Kalau ada pun aku la kot yang taknak. Sayang wehh first laptop tu. Berjasa dari diploma. 5 tahun je sempat berjasa. Tu la tak jaga baik2

Sedikit tips penjagaan laptop
  1. Pastikan laptop korang berada ditempat yang rata, macam meja ke. Nak lebih secure korang beli la kipas laptop tu haaa
  2. Jangan sesekali letak laptop korang atas katil/riba korang ye. Ye nama ja komputer riba, tapi bukan diriba tempatnya kawan-kawan. Sebab haba yg dikeluarkan tu boleh menyebabkan katil korang terbakar satu kalau letak lama-lama. Selain tu boleh memudaratkan component dlm laptop korang tu
  3.  Jangan main laptop korang sambil charge okay. Kalau nak guna electric suplly, korang cabut lah battery dia dulu
Dah rosak, aku masih boleh bernafas sebab dekat rumah ada komputer. Lpastu komputer pulak rosak :') Maka itu lah serba sedikit kisah sedih aku dengan dunia blogging. Byk cabaran ye kawan2 dan alasan hahaha

Sekarang ni mcm mna?

Alhamdulillah, berbekalkan duit aku kerja lepas hbis study + abah tmbah jugak ehehe hritu aku beli la laptop baru. Tu pun sebab skrg ni aku dah kerja. And kerja aku memerlukan laptop sendiri sementara office masih under renovation. Korang doakan office tempat kerja aku tu cepat siap, and aku boleh la pergi kerja dkt office istead of kerja dekat rumah. hehehe nak jugakk kann acah-acah pergi office. Kalau dekat rumah orang tak nmpk kita kerja. Dikatanya kita main laptop lehh boleh pulak kan mcm tu hahaha

oh lupa mention, dan sepanjang aku hilang setahun lebih tu jugak aku kerja sebagai cashier di satu cawangan kedai paling korang wajib mesti pergi. Ye MR DIY. dekat mana? Ada laaaa hehhehe. Tapi bulan 6 hritu dah resign sebab nak cuba bidang kerja lain pulak. Alhamdulillah 2 bulan menganggur, skrg kerja balik :)

Masuk hrini dah setahun3 bulan aku tinggalkan zaman study. Rindu tu ada. Memang ada niat nak sambung lagi tapi belum rezeki. beria masa kerja haritu nak kumpul duit sebab nak sambung master. Last2 duit habis hahahaha dasar boros :') Doakan la kerja kalini aku dpt buat saving lagi so boleh sambung belajar lagi. Ilmu tu tak pernah habis. Better late than never kan?


Rindu dekat ayams2 ni. Hann (kanan) dah selamat jadi isteri orang, and Jon (kiri) tunangan org

Bulan 3 hritu dah selamat konvo. Alhamdulillah masih ada rezeki utk berkonvokesyen. Paling excited abah la. Kalau ikut hati ni memang taknak pegi since result degree ni agak mengecewakan jugak la sejujurnya. Sebab2 frust tak tentu pasal masa tengah study semua pointer jatuh ya hahaha. Haaa korang kalau nka bercinta masa study pandai2 la jaga hati. Jangan sebab bercinta korang lalai. Bercinta tak salah, yg salh bila korang tak reti manage. aku ada la bgtau abah yang aku taknak pegi. Abah cakap jangan mengada. Pegi jugak. So terhasil la gambar ini. hehe yelah bila lagi kan nak berkonvo. InshaAllah ada rezeki kita konvo master pulak. Tak pun second degree.. Menarik kan?


Terima kasih sebab selalu ada

So updatenya sekrang aku seorang pekerja yg bekerja dirumah dan jugak inshaAllah akan aktif balik dengan dunia blogging ni. Takpe lah mula slow2 balik.. Bila tengok masa zaman kecemerlangan dulu cewahhhh terasa motivasi diri ni nak blogging balik. Tahun 2017 tak salah satu entry hampir cecah 5000 pageview. Bukan main seronok lagi. Skrg nak dapat 100 pun susah. hahahaha padan muka siapa suruh hilang lagi :')

Doakan Ain ya kawan-kawan bloggers semua. Semoga doa kalian tu berbalik kepada kalian balik. More entry is coming! Keep in touch ya @>-------

Love,
Ain 

p/s Tahniah buat pasukan Harimau Malaya! Berjaya membawa 3 mata penuh bagi aksi menentang Indonesia semalam (5 Sept 2019) Misi terkam UAE pulak lepasni di Stadium National Bukit Jalili. ada tak kawan blogger yg pegi nanti? 

You May Also Like

41 comments

  1. Selamat kembali ke dunia blogging & moga sukses selalu :)

    ReplyDelete
  2. jangan risau! teruskan berblogging tau 😘

    http://moonroha.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. Tahniah untuk konvo!! Saya pun baru habis konvo beberapa minggu lepas hehe. InsyaAllah mula kerja hujung bulan ni aamiin.

    Faham sangat struggle laptop buat hal waktu tengah nak siapkan thesis. Saya tak kena, tapi kawan kena. Nasib baik dalam rumah sewa tu ada 6 orang, boleh la pinjam-pinjam.
    Terima kasih untuk tips tuu, saya suka sangat letak atas katil. Lenguh duduk lama atas kerusi hahaha. Wish you all the best untuk kerja and simpan duit supaya dapat sambung belajar lagi!

    Salam kenal, saya nini. Baru jugak la follow blog ni hehe (ninihanini)
    https://itsninisblog.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good luck nini! Tenkiu for duas amiinnnn inshaAllah. Yayyy dah follow balik. guys blog dia cantik guysss

      Delete
  4. haha samalah kita macam chipsmore ..

    ReplyDelete
  5. gambar header tu kawin ke? apa2 pun semoga berjaya selepas tamat pengajian

    followed here #698

    ReplyDelete
    Replies
    1. cousin yg kawin. will do the entry for that story later. baca tau hehehehe Tenkiu follow, dah followback jugakkk

      Delete
  6. Terima kasih share tips penjagaan laptop. Kebetulan akak pun baru repair laptop.. nasib baik adik pandai repair. Kalau tak mau melayang RM250 kos repair.. lepas ni kena jaga elok sebab adik dah cakap pasni kalau repair kena bayar, xda free2 dah.. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronoknya ada siblings yg pandai bab komputer ni. Boleh tgok2 kan kalau rosak ke apa. Ainn melayang jugak la sbb beli bru :') Hahaha support business adik sndiri kak hehe

      Delete
  7. teruskan blogging okay 👍 alow slow insyaAllah mesti akan naik 😊

    ReplyDelete
  8. Welcome back and good luck for your future endeavors!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiuuuuuu rasyaaa. keep blogging too tauuuu

      Delete
  9. selamat kembali ke dunia blogging. semoga terus istiqamah!

    ReplyDelete
  10. Hi Ain. Welcome back! Terima kasih sudi singgah blog. Apapun good luck okay!

    ReplyDelete
  11. Selamat kembali berblogging Ain.. patut la lama x nampak komen dekat blog akak.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah masih dikenalii haha terharuu. ee lepasni ain pegi boom cik ash punya blog hehee

      Delete
  12. Hi Ain, welcome back! First time singgah sini hahahah acah kenal 😂

    ReplyDelete
  13. Selamat kembali BERBLOG.
    Kaleb PC follow blog cute ni.

    ReplyDelete
  14. Congrats result dapat A.
    Macam saya jugaklah, lupa dah tahun berapa tapi rasanya 2016 atau 2015 macam tu, blogging agak slow, tenggelam timbul sebab laptop rosak, beli yang baru kena virus pulak. Asyik pinjam orang punya je sampai naik segan. Alhamdulillah dah beli yang baru, so takde alasan tak post anything kat blog.
    Punyalah happy sampai buat blog post unboxing hahaha

    Tapi tulah, rajin blogging and blogwalking pun, page view still sikit, nak capai 400 pun kemain liat.

    ReplyDelete
  15. Masa laptop 1st sis rosak, memang murung sbb smua gambar dalam tu tak boleh backup. Nak nages pun xberlagu dah. Huhu..

    All the best ain.

    ReplyDelete
  16. moga di permudahkan semuanya... dalam kerjaya dan pelajaran ya

    ReplyDelete
  17. Hi Ain. Salam perkenalan dr kak ana. Semoga kita saling suppport lps ni ye. Kak ana done follow sini ❤

    ReplyDelete
  18. best kan tengok pageviews banyak..huhu

    ReplyDelete
  19. Tahniah ain dapat jugak tamatkan pengajian... sy dah follow sini pon
    https://www.anwarzakuwan.com/

    Bab laptop rosak masa buat thesis tu memang dah sebati dengan student ye. Laptop sy dah 6 tahun pakai dan still on going. Rosak? byk kali dah.. semua baiki sndiri. hehe

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum Ain... welcome back okehhh...keep sharing yeah!

    ReplyDelete
  21. I pun baru je nak mula blogging balik, after about a year on hiatus. Good luck to you :')

    ReplyDelete
  22. teringat laptop kt rumah tu yg dah lamaaaa x guna...x rosak pun tp ntah laa x nk guna hehe

    ReplyDelete
  23. Ibu dan ayah mana yang tak nak lihat anak-anak dia konvo hehehee... semua mesti nak punya. Comelnya abah Ain pakai topi konvo tu, maknya nampak serius sangat larikkk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahahah mak mmg..kalau bergambaq ja mesti nk muka seriuss haih hahahaha

      Delete
  24. All the best, Ain. Akak doakan semoga semua impian Ain akan terlaksana :)

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  26. Jom follow https://85mutiarabeauty.blogspot.com

    ReplyDelete

Komen la mana tau kita boleh jadi kawan ? Jangan malu jangan segan tinggalkan URL Blog anda untuk Ain balas kunjungan yaaaaaa ❤