McDonald Ayam Goreng Pedas 3x ft Hafizi @ Taman Tasik, Taiping

by - September 16, 2019


Assalamualaikum and hi geng.

Selamat Hari Malaysia kepada Malaysia dan rakyat-rakyatnya yang berbilang kaum, agama dan bangsa. Semoga kita semua terus hidup bersatu padu dan harmoni.

Beberapa hari yang lepas, Hafizi (Ehem, boyfriend) ajak pegi dating kononnya. Maklum la last jumpa hritu sebulan yang lepas. Meregeh kan, baru sebulan tak jumpa hahaha :') Biasa la. Korang senyum-senyum apa tu? Haaa mesti teringat zaman korang bercinta dulu-dulu kan? Tak pun terkenang moment2 korang dating kan kan . Cringe gila Ain...

3 hari sebelum tu, mengadu dekat Hafizi cakap teringin nak makan Ayam Goreng McD 3x pedas tu. Sampai bangun2 tidur terus sedih sebab teringin sangat2. Hahahah mengidam tak bertempat kan. Lepastu Hafizi macam haa okay la. Sabtu ni kita pegi. Awwww (Taklah tipu je, Hafizi tak sweet mcmtu hahahahaha) Tapi dia tanya la jugak jumaat tu, sabtu free tak? Jom dating. Begitu lah ceritanya... Korang jangan risau, aku keluar dengan sesapa WAJIB inform parents ya even dah 24 years old. Siap bgtau mak lagi nak keluaq p dating hahaha (Engko kalau tak kawin jugak dgn yang ni mandi bunga jelah Ain oii)

Ahhhh mukadimah pun 2 perenggan nak jadi apa! Geram pulak aku hahahaha. Okay so kitorang pun keluar pun mmg dah ptg around 3.30 mcm tu Hafizi pickup dekat rumah. And kitaorang decide pergi beli dekat McD Simpang, Taiping. Sebab Hafizi cakap tak pernah drive-thru sana. Baiklah. marilah.

Actually kitorang order 
  1. 1 Set Ayam Goreng McD (3pcs) +Fries + Coke + Sundae Choc (Tebus dekat Apps McDonald) RM 17.92 
  2. 1 set regular McChicken Burger RM 8.48


Ayam McD kesukaan korang. eh Aku hahaha

Tapi gambaq yang sempat ambil yang ni ja sebab... Hafizi tengah makan burger tu takkan nak mintak semata nak tangkap gambaq kan. hahaha beriaaaa

Okay ni nak cerita ni. Tengah aku makan seketul ayam tu tetiba hujan.... Taiping kan. Kami pun decide utk makan dalam kereta. hahaha Lepas dah hbis burger tu, Hafizi kena paksa try Ayam McD ni sebab dia tak pernah makan. and dia kurang makan pedas. Jenuh la pujuk cakap sedap. Tak pedas punnn hahaha. So dia makan bahagian thigh. HAHAHAHA apabenda amik yang besaq. Biarkann

So dia makan kulit...

"Weh pedaih weh"
"Weh hang tak pedaih ka?"
"Weh aku takleh makan dah ni"
"Weh ayaq mana ayaq"
"Weh duduk dalam aircond pun aku peluh ni"
"Weh hang takdak perasaan ka makan?
"Weh tak pedaih ka?"
"Weh aku tak tahan dah ni. Hisap rokok sat" -___-

Sumpah dia tak senang duduk masa makan tu. Rugi gila tak record. So dia berjaya habiskan setengah je bahagian thigh tu. Lepastu dia keluaq kereta, smoking. Ughhhh (i hate smoking guy, but i got one ya kawan2. Life Lesson ; Don't hate too much)

Malam tu Hafizi dah bising-bising sebab sakit perut hahahahahahaahha padan muka. Alhamdulillah aku tak dak apa2 pada hari kejadian. Keesokkan harinya.. Terima lah azab. Wehhh bangun subuh tu memang berulang toilet sampai pukul 1 mcm tu bru stop sakit :') Pedih perut2. Hahahahaha Jgn bgtau Hafizi, sebab tak cerita dkt dia. nnti dia gelakkan aku :') Dia pedas mmg pedas. Menyengat lidah. Tapi still okay la bagi aku. First time hritu makan separuh wing pun ulang alik jugak ah toilet hahah. Second time makan, 2 and half ketul ayam berulang toilet ye esok tu. Azabbbbbbb

Aku tnya Hafizi, nak makan lagi tak?

"Ni first and last aku makan benda ni"- Hafizi, 2019

Okay so aku nak ajak korang ramai2 yang pegi McD tapi tak guna Apps McD ni. Haih korang nii... Zaman skrg ni, kalau boleh berjimat, jimat la. Benda boleh dapat benda berbaloi dengan harga yang almost sama kalau order tanpa Apps McD ni. Tambah yang selalu makan dekat McDonald. Install Apps ni. Free je.

Cara-cara guna Apps McDonald's

  • Korang dekat bahagian Deals. So dekat situ korang tgok byk menu2 yg ada. Pilih jeee. Tapi bukan semua menu McD ada ya kawan2. Pandai2 la korang buat keputusan sebelum beratur
  • Make sure korang tekan Redeem tu masa korang dah sampai depan kaunter! Atau mesin order tu. Sebab dia ada limited time only. 5 minutes if tak salah lah
  • Korang tunjuk/ baca je je 4 nombor Code yang ada dkt screen phone korang tu dekat cashier tu. Pandai2 lah dia buat kerja dia. Dorang pun expert aih
  • Siap!
TAPIIIIIIIII

korang cuma boleh Redeem tu satu receipt satu Redeem je. Kalau nak order banyak2 boleh je. Tapi korang kena separate resit lah. Byk pulak la tax korang kena bayaq haha






Begitulah cerita Ayam Goreng McDonald Pedas 3x aku dengan Hafizi



Dah kenapa muka blurkan??? Sebab ni blog aku hahaha and aku kena hormat la privacy Hafizi. Since dia tak tau aku ada blog. So aku rasa dia pun ada hak untuk tidak diexposed kan muka dia dekat sini. Tunggu sarung cincin nnti bru kita exposed oki oki. Korang doa-doakan la aku terbukak pintu hati nak kahwin hohohohoh


Hahahah sumpah mcm bergambaq dengan penjenayah. Sorry Wehhhhh 


haah, kitorng mmg bahasa aku hang. Sebab emmm ntah. Kitorang selesa mcmtu. kihkihkih. 

Thank you sudi baca..

McD tak sponsor pun. 

Love,
AAA



You May Also Like

26 comments

  1. "Ehem boyfriend" hahahaha. Comell :3

    Haritu pergi McD dekat KB, tapi waktu tu dah habis ayam goreng yang biasa. Tinggal yang 3x pedas. Memang taklah kan sebab yang biasa pun dah sakit perut hahaha. Tapi ayam goreng McD paling sedap T-T

    Sekarang tengah minum air milo dekat KFC hehe. Selamat hari Malaysia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahahahah takpee KFC dgn McD bersaing secara sihat hehe

      Delete
  2. alololololololo sweetnyaaaaa


    by the way, saya first time datang sini and terus follow sini sebab suka blog ni. jemputlah singgah ke blog saya kalau sudi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sweet celah mana. hahahah tuan blog yg tulis ni pun rasa cringe bila baca balik hahahahaha

      Delete
  3. belum try lagi Mekdi ayam goreng pedas 3X..saya suka makan pedas tapi tak tahulah yang ni boleh tahan pedas ke tak.. huhu..btw, selamat hari Malaysia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try2. Sekali seumur hidup pun jadi hehehe. Selamat hari malaysia Ain!

      Delete
  4. Ayam goreng mcd yang biasa pun I rasa dah pedas, tapi sedap! So this one I havent tried it and takda rasa nak try lagi, since I memang tak berapa makan pedas. So macam takut after tengok few reviews kata pedas gila. Hahaha.
    Btw, sweet je panggil aku hang. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pedas tu okay. Sakit perut tu emm hahaha Actually think a few times jugak ah nak makan 2nd time ni. Tapi sebab craving gila masa tu. So makan jugak la haha

      Delete
  5. Mmg pedas yakmat ayam spicy 3xni. Mamq makan sekali cukup la tapi sedap juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan hahaha. Takpe lah lepasni mkn yg biasa je. Sedap pun sedap. Tak siksa diri huhu

      Delete
  6. hahaha samala tak makan pedas. try rasa kulit ayam 3x pedas tu ja, insaf teruih. tapi kalau ayam yg biasa tu laju ja perabih. followed #710 https://thejagungspirasi.blogspot.com/2019/09/nasi-lemak-mcd-dah-jadi-makanan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha tapi sedap kannn! Thank you follow! dah follow back tau >.<

      Delete
  7. Alolo sweet ain.. Zaman akak dengan suami duk jauh hahaha.. Jumpa pun sepanjang kenal 4 kali hahaha...xde nak dating luar hahah nak jumpa mari rumah..

    Akak dah makan ayam mcd semalam.. Setakat makan perut ok jer xde lg masuk tandas.. Pedas mula2 makan tu la pedas bila lama2 tu ok pedas.

    ReplyDelete
  8. pedas gila weh ayam mcd extra spicy tu. makan kulit je terus give up. ahaha

    ReplyDelete
  9. sampai la nie tak berani nak makan.. Terseksa perut yang tak berapa nak cun nie nanti..

    ReplyDelete
  10. kita tak berani nak try huhu.. takut mencirit.. 🤣

    Hi Ain, kita singgah blogwalking n follow sini ya!

    ReplyDelete
  11. tak pernah makan lagi ni...takut pedassssss

    ReplyDelete
  12. takpe..dah kawen sok baru panggil panggilan lain

    ReplyDelete
  13. Ala, belum cuba lagi. Teringin nak makan. nak rasa kepedasan tu skala berapa untuk taste sendiri. hihi

    ReplyDelete
  14. Dah makan, memang pedas tapi SEDAP...

    ReplyDelete
  15. Hehe macam2 la Ain ni. Zumal tak try lagi Ayam Mekdi Extra pedas tu, risau nak try

    ReplyDelete
  16. haritu makan macam kera jugak jadinya, sat pedas sat sat nak ayaq sat lagi makan lagi sebab sedap haha

    ReplyDelete
  17. Dah makan and sangatlah pedas even though I can tolerate spicy food

    ReplyDelete
  18. Tak sanggup rasa yang ni. Sebab makan yang pedas biasa tu pun dah rasa pedas sangat.. tak dapat bayang kalau makan yang ni.

    ReplyDelete
  19. Tak sempat nak pergi try lagi. Tapi macam dah teringin dah ni hahaha

    ReplyDelete
  20. Belum try lagi...risau nanti keluar-masuk toilet. Mgkn try time weekend...

    ReplyDelete

Komen la mana tau kita boleh jadi kawan ? Jangan malu jangan segan tinggalkan URL Blog anda untuk Ain balas kunjungan yaaaaaa ❤