Melepaskan diri atau malas layan l HELOAIN BAB 19

by - October 11, 2021

 

*Ringtone default phone berbunyi*

Aku ingat member call nak hantar barang. Aku pun laju capai phone. Bila tengok nombor 03. Ah nombor office malas lah nak layan. Dalam sesaat aku berfikir "macam mana kalau yang call tu panggil untuk interview kerja?"

Oh man. Baiklah aku angkat sekaligus diamkan bunyi ringtone tadi. 

Dalam 3 saat dua-dua diam. Sepi

Eh kau telefon aku, kau diam pulak. Pang kang.

Aku mengalah

"Helo?"

"Helo, selamat petang. Boleh saya cakap dengan encik ahmad (insert nama panjang)?" - Suara lelaki. Cari along pulak tu. Along tu abang aku. Bukan ah long ya 

Aku dah boleh agak. Ini kalau call aku, tapi cari along ni mesti njoi.

Aku pun jawab dengan cool dan pura-pura tak tahu 
"Tu abang saya. Kenapa ya encik?"

Si pemanggil ketawa seolah aku berkata lucu.
"Saya dari Njoi. Puan ada guna account en ahmad ke?"

Dia puan kan aku geng. Aku pun malas nak betulkan. Puan pun puan lah bang

"Ooh. Haah saya guna account dia baru2 ni" - jawab aku selamba

Lelaki ni masih tak give up. Demi sesuap nasi dan punca rezeki dia semangat explain pasal promo bulanan pakej njoi apa ntah maleh aku nak dengar. Tiba-tiba aku tangkap satu ayat yang paling aku tunggu

"Sebab ni account encik ahmad, saya akan hubungi encik ahmad dan maklumkan mengenai promo ini dan akan terangkan terma & syarat kepada puan"

Aku dengan pantas tanpa fikir panjang

"Haa boleh. Encik call lah dia. Tanya dia. Selalu topup dia yang beli. Saya guna je" - aku pun guna curi2 geng. Kalau along aku tau aku langgan astro warna haritu guna topup dia mesti dia bising. Dah la langgan. Tak tengok pulak tu haha

Aku beli sebab nak tengok Sepahtu Reunion. Tapi kecewa betul. Tak best. Aku tengok sekejap saja. Lepastu aku layan Sudirman Cup. Cis bazir beli

"Haha okay kalau macam tu boleh bagi nombor encik ahmad?" - ujur si pemanggil

Aku pun bagi. Weh aku susah tau nak bagi nombor orang. Tapi kalini aku nak lepaskan diri. Terpaksa

Sorry encik ahmad. Adikmu terpaksa

P/s : Kalau nombor office tobat lahom la encik ahmad ni nak angkat. Heheh good luck abang Njoi! 


You May Also Like

10 comments

  1. kdg2 risau nk jwb call no 03 ni..
    sllu nya insurans yg call..
    mls nk dgr dia bebel..

    ni cntoh adk yg baik.. pass kan kat abg dia..
    haha

    ReplyDelete
  2. Saya pun jenis jarang nak angkat phone kalau dari nombor bukan bukan. Kalau terangkat tu scammer, saya biarkan dia cakap sorang sorang dan buat loudspeaker. Jenis malas layan. melepaskan diri buat masa ni takde. hehe...

    ReplyDelete
  3. saya memang selalu ignore kalau nombor tak kenal, melainkan dia call banyak kali

    ReplyDelete
  4. Encik Njoi sekadar menjalankan tugas. Akak pun selalu angkat tepon kalau tengok landline dengan harapan tu panggilan interview tapi sayang selalunya scammer

    ReplyDelete
  5. Salam ain contact akak tuk memang ga. T kasih

    ReplyDelete
  6. Hahahaha.. geng2 ahmad memang susah nk angkat call no ofis. Memang betul la tu spesis hubby

    ReplyDelete
  7. hehehehhe sian en ahmad pasni byk la call masuk bertalu2 :D
    konpom bertambah malas la dia nak pickup phone tu..

    ReplyDelete
  8. Ammi download apps "Truecaller".. nanti akan appear kat screen nombor tu spam atau tak

    ReplyDelete
  9. apps truecaller sangat berguna la untuk kak :D

    ReplyDelete
  10. Sy kdg ignore jugak no tak kenal
    Suruh my mom jelah jawab nya

    ReplyDelete

Komen la mana tau kita boleh jadi kawan ? Jangan malu jangan segan tinggalkan URL Blog anda untuk Ain balas kunjungan yaaaaaa ❤