Mari berbakti kepada tanah l HELOAIN BAB 6
by
Ain Athirah
- August 06, 2021
Kebun ala AAA. Now dah upgrade lagi luass.
Assalamualaikum and Hi geng!
Mula dari berhenti kerja lagi memang dah fikir sebelum dapat kerja baru nak buat something yang sekurang-kurangnya ada aktivit yang nampak macam aku bekerja juga haha. jadi aku nekad nak berkebun. Selepas hampir sebulan terjadilah seperti gambar di atas. Walaupun nampak macam sedihnya kebun hang Ain TAPI takpe saya tak kisah. Janji pokok saya sihat dan menggembirakan aku. Tapi now dah luas lagi. Dah luas tu kena tambah lah lagi pokok untuk ditanam. Dan para untuk pokok timun menjalar pun dah upgarde. yang ni nampak macam tak kukuh dah sangat kasihan! hahaha
Aku pilih pokok-pokok sayur. yang boleh family makan. Kalau berjaya boleh banyakkan dah jadikan income sikit-sikit kan. Tapi sekrang fokus nak makan saja dulu. Bagi kenal-kenal dengan dunia pertanian gituuuu
Happy tau bangun pagi pergi kebun tengok progress dia membesar Awwwwwww rasa nak peluk satu-satu pokok tu Tibahhhhhh
Timun dah mula berbuah. Walaupun sebiji i keep on braging dekat mak! Mak timun orang dah berbuah
Sejujurnya ini pertama kali aku tengok pokok timun. Tak sangka besar juga daunnya. Besar tapak tangan haaa. So far belum sembur apa-apa racun serangga sebab tak ada serangga? Daun pun elok haaa Alhamdulillah
Ada juga fetola petola . Yang ni abah tanam. Tahu-tahu dah berbuah juga.
Kacang panjang warna hitam. Memang warna dia macam ni. Ambik biji benih dari Tok cik. Kacang panjang ni bagi mejalar bawah saja. harap-harap tak terbantut lah kacang panjang tu
Apa sedih banau batas aku ni hahaha. Nak buat batas tapi tak reti. kadang nampak macam kubur ye jugak haha. Asalkan besaq dengan jaya bagi hasil mummy dah happy dah. Ni pokok jagung. Yang tanah hitam tu beli dari seller shopee nuraishahshamuddin. Ig nuraishahshamuddin. Dia antara sebab kenapa aku nak berkebun. Korang cuba usha IG dia. banyak ilmu perkebunan dia bagi. Bestt
Yang batassatu lagi biji benis beli dari MR DIY. Sama saja
Cuba teka ni pokok apa? nanti aku reply dekat komen :P haaaa pat tekaaa
Nanti aku share lagi banyak-banyak pasal kebun main-main tapi nak serius saya ni. Aku patut namakan kebun ni. Ada suggestion?
Salam,
AAA










