Manggis buat .....? l HELOAIN BAB 5
Titipan buat Acu dan keluarga yang tak boleh merentas daerah
Assalamualaikum and Hi geng!
Bijak juga aku resign masa musim buah ni. Sekurang-kurangnya terluang juga masa-masa aku dengan aktiviti yang berfaedah
Kadang abah akan ajak aku untuk pergi kait buat manggis. Banyak juga buah musim ni. Alhamdulillah. cumanya bila dah terlalu banyak sampai tak terkait dan termakan. Pandang sebelah mata saja.
Ini kali ke dua atau ketiga abah titipkan manggis buat adik dia yang tinggal di daerah jiran ( Kerlas kau daerah jiran haha ) Kalau bukan PKP dah tentu-tentu keluarga acu mai rumah nak kait manggis ni.
Selingan ya..
Berbaki berapa bulan sebelum aku kahwin ni. Aku lebih banyak lebihkan masa dengan mak abah. Setiap pagi bila bangun pagi , nampak mak tapi tak nampak abaha. mesti tanya mak " abah mana? " . Kalau nampak abah tak nampak mak pula mesti tanya abah " mak mana? " Sebab tu bila abah ajak kait manggis aku ikut. Abah ke kebun sawit , aku ikut. Mak abah nak shopping barang dapur aku ikut. eh mana-mana pun ikut lah. Haha im 26 years old gaisss
Padahal lepas kahwin masih duduk dekat-dekat. Bukannya kena berpisah jauh. mengada betul. hehe
Okay itu sahaja.
Ini hasil 3 pokok belakang rumah. Itu pun masih belum habis kait semuanya. banyak betholl
Manggis semua ni abah bahagi-bahagikan dekat adik tersayang dia , bakal menantu dia *Rolling eyes* dan kawan-kawan mak di pusat dialisis.
mana tak rolling eyes geng. Setiap kali asyik berzikir ya nama Hafizi tanya bila nak mai bila nak mai. PKP bahhh. Tapi mai jugak sebab ambik manggis. Nak ajak kait member pula sibuk kerja. nasib lah tunang dia ni boleh panjat pokok tolong kaitkan untuk hangggg :P
Abah pesan,
Pokok-pokok belakang rumah ni kebanyakkan arwah wan yang tanam. Kalau boleh jangan tebang. Selagi ada hasil. Anak cucu dapat makan hasilnya Semoga pahala sentiasa mengalir untuk arwah. Amiinn
Ah rindu
Psst : Reading list dah okayyyy! Yayyyyy
Salam,
AAA
28 comments
Antara hikmah PKP yang tersembunyi, dapat spend masa dengan famili terutama parents. Banyaknya buah manggis, kalau dekat dah lama datang makan. Hihi. Bab ikut mak ayah ke mana-mana tu samalah akak, kecuali diorang gi kenduri kahwin je malas nak follow.
ReplyDeleteAlfatihah untuk arwah Wan.
Tulah kak sal. Kalau dekat ajak dah maii. Kami tak termakan haaa dkt rumah ni.
DeleteBab kenduri tu setuju sangat! kikiki
Fuyooo byk gilaa buah manggis.. Tingat dolu2 kat kg suka panjat pokok mangis ngan cousin2.. Pastu berbirat kena gigit semut semuanya hhaaha
ReplyDeleteBanyakkkkkkkkkkkk. haha penat nak makan. Lahh makan pun penat kikii.
DeletePsst saya skrg pun still dok panjat pokok manggis hahaha
Banyaknya buah manggis. Dulu zaman kanak kanak syok panjat buah manggis sebab senang panjat. Dah besar ni takdelah nak panjat pun kait je. Alhamdulillah dapat berkongsi dengan family lain. Bila ada dan banyak memang jemu makan. Bagus juga diagihkan tu. Syukur atok nenek kita dulu menanam dapat anak cucu merasa. Jangan ditebang selagi ada hasilnya. Selagi ada masa dengan mak abah ni, kita spend secukupnya dengan mereka. Ada hikmahnya tu Ain :) Mujur nanti kahwin dekat dekat je boleh balik selalu
ReplyDeleteBetul. banyak sangat sampai pandang sebelah mata aje.
DeleteYa setuju. Kalau bukan atok nenek tanam dulu tak merasa lah semua ni
Kahwin dekat tu satu, risau bukan balik selalu. takut hari2 nak tidur rumah parents sendiri hahaha
Alhamdulillah... dapat merasa hasil tanaman atok nenek kita. Haha..hari hari pun boleh :)
DeleteBanyaknya buah manggis..
ReplyDeletePokok pokok buah tak perlu tebang selagi ada hasil. Senang anak cucu nak makan. Nak beli sekarang harga pun dah mahal. Tak tahu la akan datang manggis pun orang gredkan. Emmm
Betul mahall. sini jual sekg RM5 kak. Alahaii. kami nak juai pun serba salah. sudahnya bagi saja dekat kawan-kawan yang duduk dekat
DeleteSeronok spend time with family, berani betul Ain panjat pokok..hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteBerani! Hahah dari kecik memang dok memanjat. dah 26 ni mai nak leaps gian memanjat tu hentam saja labu hehehe
Banyaakkkk buah manggis dia. Mai pos kat Shah Alam sikit hehehehe
ReplyDeleteMai alamat :P
DeleteBuah kegemaran...buah2 lain tak pandang sangat...manggis is the best since den bukan peminat durian...hahahaha...
ReplyDeleteAlhamdulillah...semoga dipermudahkan segala urusan walimah...Tahniah! amin
Betul lah tu. Manggis ni memang susah lah nak jumpa orang yang tak makan. dia mesti alien! Eh hahah kang ada yang tak makan nampak terasa pula. maaf2
DeleteIshhh malu aihhhh hahahah. Maceh!! Amiinnnn
wah seronoknya...banyaks.. fav ni..manggis.
ReplyDeleteALhamdulillah. Geng!
DeleteWah, meriahnya buah manggis! Ni memang puas makan ni sampai musim buah habis :)
ReplyDeleteTak habis musim lagi dah cemuih dah Kak farrah oii haha. Satgi habis musim jenuh la tenung bila nak berbuah
ReplyDeleteByknya manggis!!! Dh lamaaaa sgt x mkn manggis.. jual ke tu ain?
ReplyDeleteTak jual pun kak mim . Bagi2 orang saja. tak koser nak jual haha
DeleteAduh.. meriahnya hasil.. buah kesukaan kak sha nie.. isinya putih.. aduh.. tapi betul pesan abah ain tu.. Selagi pokok tu keluarkan buah, janganlah ditebang.. Sayang.. Buah tempatan makin mahal sekarang ini.. Sebelum kahwin ini lah kena habiskan masa sebanyak yang boleh dengan mak abah.. Kenangan ini.. nanti dah kahwin kena bahagikan masa untuk suami dan anak2 pula.. You go gurl..
ReplyDeleteBuah kegemaran Kak Ida. Sekarang sekilo pun RM 6. Kus semangat
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Banyak buahnya..
ReplyDeleteFavourite! Suka sangat lah dengan manggis... Nyamm!
ReplyDeleteMeriahnya buah manggis dia! Pos ganu sikit meh :P
ReplyDeleteLama gila tak makannnnn.
banyaknyaaaaaaaaa kalau jual tu masyukkkk ;-)
ReplyDeleteMuahaha! Kita pun dah puas mkn buah mnggis dekt umah mak, sombong truih klau nmpk, hihi, mentang2 dpt mkn free..
ReplyDeleteKomen la mana tau kita boleh jadi kawan ? Jangan malu jangan segan tinggalkan URL Blog anda untuk Ain balas kunjungan yaaaaaa ❤