Mari berbakti kepada tanah l HELOAIN BAB 6

by - August 06, 2021

 Kebun ala AAA

Kebun ala AAA. Now dah upgrade lagi luass.

Assalamualaikum and Hi geng!

Mula dari berhenti kerja lagi memang dah fikir sebelum dapat kerja baru nak buat something yang sekurang-kurangnya ada aktivit yang nampak macam aku bekerja juga haha. jadi aku nekad nak berkebun. Selepas hampir sebulan terjadilah seperti gambar di atas. Walaupun nampak macam sedihnya kebun hang Ain TAPI takpe saya tak kisah. Janji pokok saya sihat dan menggembirakan aku. Tapi now dah luas lagi. Dah luas tu kena tambah lah lagi pokok untuk ditanam. Dan para untuk pokok timun menjalar pun dah upgarde. yang ni nampak macam tak kukuh dah sangat kasihan! hahaha

Aku pilih pokok-pokok sayur. yang boleh family makan. Kalau berjaya boleh banyakkan dah jadikan income sikit-sikit kan. Tapi sekrang fokus nak makan saja dulu. Bagi kenal-kenal dengan dunia pertanian gituuuu

Happy tau bangun pagi pergi kebun tengok progress dia membesar Awwwwwww rasa nak peluk satu-satu pokok tu Tibahhhhhh


Timun dah mula berbuah. Walaupun sebiji i keep on braging dekat mak! Mak timun orang dah berbuah


Sejujurnya ini pertama kali aku tengok pokok timun. Tak sangka besar juga daunnya. Besar tapak tangan haaa. So far belum sembur apa-apa racun serangga sebab tak ada serangga? Daun pun elok haaa Alhamdulillah


Ada juga fetola petola . Yang ni abah tanam. Tahu-tahu dah berbuah juga. 


Kacang panjang warna hitam. Memang warna dia macam ni. Ambik biji benih dari Tok cik. Kacang panjang ni bagi mejalar bawah saja. harap-harap tak terbantut lah kacang panjang tu 


Apa sedih banau batas aku ni hahaha. Nak buat batas tapi tak reti. kadang nampak macam kubur ye jugak haha. Asalkan besaq dengan jaya bagi hasil mummy dah happy dah. Ni pokok jagung. Yang tanah hitam tu beli dari seller shopee nuraishahshamuddin. Ig nuraishahshamuddin. Dia antara sebab kenapa aku nak berkebun. Korang cuba usha IG dia. banyak ilmu perkebunan dia bagi. Bestt

Yang batassatu lagi biji benis beli dari MR DIY. Sama saja



Cuba teka ni pokok apa? nanti aku reply dekat komen :P haaaa pat tekaaa

Nanti aku share lagi banyak-banyak pasal kebun main-main tapi nak serius saya ni. Aku patut namakan kebun ni. Ada suggestion? 


Salam,
AAA

You May Also Like

28 comments

  1. wah, seronoknya ada space utk bercucuk tanam ni....dapat utk masak sendiri pun alhamdulillah dah kan?
    "Kebun Mini PKP" ada kawan tu dia dok tinggal 22...kebun kayangan terus..ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul-betul. kalau makan hasil cucuk sendiri dah happy snagta2 dah

      Ni dah kena jadi kebun pkp pkpd pkpb pkp lagi lagi dan lagi hahaha

      Mak aihhh tinggi sangat tu tingkat 21 hahaha. Memang kena lah dengan nama kebun kayangan haha riso tanam pokok menjalar pokok dah smapi tingakt bawah pkp belum habis :')

      Delete
  2. alhamdulilah, murah rezeki Ain... rajin !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnn!

      Kena rajin lah k. ret. Tak kerja duduk rumah aje hehe

      Delete
  3. aaa bestnyaa, rindu nak balik kampung 😭 duduk dekat bandar susah nak cari tanah hehehe

    kaella rasa gambar last tu sayur kacang kot 🤔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpee. kalau teringin nanti beli tanah dan pasu tanah dalam pasu hehe

      Hehe jawapan anda.....
      *Drum roll*
      Maaff salah..... hehe jawapan betul tomato. kaella cuba tanam tomato dalam pasu pun okay :D

      Delete
  4. Bestnya ada tanah boleh bercucuk tanam..
    Yang last tu nampak macam pokok tomato.. Ye ke? hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah. seronok walaupun lagi-lagi bila dah nampak buahnya hehe

      jawapan anda.....
      *Drum roll*

      BETULLLLLLLL! Pokok tomato wahhhh mesti menanam juga nii hehe

      Delete
  5. Wah, seronoknya garnening! Momen paling best bila tengok pokok mula bertunas dan paling gembira apabila tuai hasilnya. Happy gardening, Ain!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullllllll! Bila keluar runas tu macam macam ahhh indahnya duniaaaa hehhe

      Maceh kak Farrah!

      Delete
    2. Akak is jealous. Kat rumah akak ni kawasan ada tetapi belum apa-apa sang monyet dan sekutu-sekutunya datang tolong berkebun sama hihihi

      Delete
  6. berbudi kepada tanah pasti ada hasilnya....

    ReplyDelete
  7. Waahh seronoknya pandai menanam. paling teruja kalau dah keluar hasilnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu la pandai ka tak kak. hehe tanam ja ni

      Harap2 ada lah hasilnya eheh

      Delete
  8. Seronok tu ada kebun.. boleh la tu dipanggil kebun.. part paling seronok bila time menuai hasil.. sikit2 lama2 byk la tu tanamannya kn ain? Chaiyok2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang pun dah rasa banyak kakmim hahahha

      macehhhhhh ❤

      Delete
  9. Aduh.. bahagianya tengok pokok-pokok membesar dan mengeluarkan hasil.. Kak Sha pun tengah tanam jagung lagi.. hehehe..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah....untong dok umah atas tanah lagu tu la...dok ats langit ni tanam angin ja la...

    ReplyDelete
  11. Seronoknya duduk kampung ada tanah luas boleh tanam macam maacam. Boleh besar lagi tu Ain. Tambah tambah cili api, tomato best jugak tu. Yang mudah dan cepat hidup. Boleh namakan, KEBUN AIN. Alamak tak perasan pulak pattern anak pokok tu. Tapi tekalah jugak. Anak pokok tomato?

    ReplyDelete
  12. Seronoknya Ain. Anak-anak pun dapat grounding sekali. :)

    ReplyDelete
  13. seronoknya isi masa dengan berkebun. hasil dapat, badan pun sihat. rajin Ain. bab nak bagi nama kebun tu tak de pulak terfikir idea buat masa ni. semoga semua tanaman awak menjadi helok.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah.. Teringin nak ada kebun.. Sekarang mengharapkan tanah sekangkang kera di belakang rumah.

    ReplyDelete
  15. hahaha alaaa tak tahu la pokok apa. Nak kata tomato, daun dia tak macam tu. Bestnya dapat tuai hasil menanam tu. Syok la nanti boleh makan jagung!

    ReplyDelete
  16. Bestnya boleh bercucuk tanam! Saya selalu tanam pokok pandan, serai, cili api, itu aje hahahaha. La ni duduk rumah bertingkat, tak dak tempat nak bercucuk tanam dah ahahaha.

    ReplyDelete
  17. rajinnya diaaa berbakti pada tanah
    sy rs gmbr last tu anak pokok jagung

    ReplyDelete
  18. Cantik pula bila tgk daun timun tu first time mama tgk

    ReplyDelete

Komen la mana tau kita boleh jadi kawan ? Jangan malu jangan segan tinggalkan URL Blog anda untuk Ain balas kunjungan yaaaaaa ❤