Ciri-ciri blog yang saya suka singgah

by - November 09, 2016


Apparently mak ngah Ain missing Aisyah badly :'/ . So please excuse this picture ^^v

Assalamualaikum and hi geng!

Korang yang jenis tak suka blogging ni semestinya blogger yang looser dan sangat kerugian. Serius Ain cakap. Untuk yang busy tu tkpe lah. Ni yang jenis dok update blog hari-hari tapi tak pernah blogwalking.(bersangka baik yang dia buat schedule post) Pageviews hang ja nak jaga, yang orang lain taknak? Eh ada ke blogger yang mcm tu? Takdek kot kan xD

Kalau korang nak jadi antara blog yang paling Ain suka jenguk meh baca bawah ni. ( eh dah baca jangan gelabah tukar pulak blog korang tu, lain orang lain cita rasanya bukan? )

1. Blog yang menarik

Eh hello, siapa je yang dalam dunia ni tak suka benda yang cantik, menarik kau memang debom kan? Walhal nak cari pasangan hidup pun nak yang cantik hatinya, menarik perwatakannya bukan? Apatah lagi kalau bagi Lee Min Ho *dah kenapa tetiba mat korea ni sesat? Ain paling tertarik dengan blog yang masuk ja terus " OMG cantiknya blog dia!!!!!!!!! "  Ain seorang yang sangat jujur sebenanrnya. Kalau korang pernah dapat pujian yg Ain ckp blog korang cantik tu ketahuilah blog korang memang cantik! 

2. Pemilihan Font

Font antara faktor yang sangat Ain pentingkan semasa masuk blog orang. Ada blog yang suka tulisannya kalau boleh nak sama warna dengan background, juling mata nak baca. Udoh ler warna kelabu, tulisan kecik pulak tu. Terus hilang mood nak baca entry korang yang meletops tu. Ingat ya kawan-kawan. tak salah nak font kecil, tapi korang kena pandai susun perenggan/ayat. means kalau font kecil tu jangan la satu perenggan korang 1000 patah perkataan. faham tak? yang penting orang tak sakit mata baca entry awak, itu bermakna blog awak dah okay! Yayyy

p/s : Sejujurnya Ain still mencari font yang cantik untuk blog Ain tsk!

3. Drama/Movie Review

Ain sangat suka baca review drama or movie yang direview setulus hati dengan bahasa korang sendiri dan bukan kopipes dari orang lain. Maksudnya review tu memang korang tengok cerita tu then korang share dengan pembaca. Eh takpe jadi spoilers pun janji korang mention dekat atas entry tu " maaf unsur spoiler banyak " sebab kadang2 dah tgok cerita tu then nak tahu pendapat orang lain. Kadang-kadang baru tau kewujudan cerita tu lepastu baca sinopsis mcm best terus tak tentu arah nak tengok jugak. Ke Ain je gelabah mcmtu? hihihi

4. Cerita Peribadi

Ehhh bukan jaga tepi kain orang. Korang kena igt tak semua pembaca kita ni diorang kenal kita personally. So cara nak kenal and rapat serta buat kawan dalam dunia blog ni adalah dengan jadi "syok sendiri" cerita pasal korang supaya kitaorang yang tak kenal ni boleh kenal :) Tipulah tak suka baca cerita pasal artis. So korang anggap je korang tu artis. :P TAPI jangan pulak cerita nak burukkan orang je awak nak canang. Aib sendiri juga kena jaga okeh

5. Entry Bergambar

Ain suka sangat baca blog yang gambar dia banyak, tapi bukan bermaksud gambar je penuh sampai takdak cerita langsung :') Kalau gambo lawo okay lah kan. acceptable. Ini untuk mereka yang sangat suka bercerita. kalau boleh hundred thousand words dalam satu entry. Boleh takdak masalah. janji ada selingan gambar untuk cuci mata. 

p/s : selalu untuk blog travellers 

6. Entry terlalu Panjang dan ........

Macam Ain cakap dekat no 5 tu lah. Better avoid karangan spm korang kalau tak berniat nak letak gambo ;') Ciannn pembaca awak nak baca entry yang panjang. Dah la panjang hambar pulak tu #sentap

7. Cbox & Button Follow

Dua perkara ni sangat dititik beratkan ya anak-anak. Kadang2 malas nak komen sebab paham-paham la kalau muncul approve kalau bukan robot bagai tu. Haih sangat la tak suka. Jadi Ain lagi suka blog yg ada Cbox. Mesra blogwalk katanya. Cbox dengan butang follow tu jangan la sorok sis. Susah nak cari :')

Setakat ni cukup lah yang ni dulu. Ini cuma pendapat peribadi Ain. Jangan pulak ada yang terasa hati. Blog Ain pun buruk jugak. tahu. Dah la putih hambar pulak tu. Sebab tu kita suka singgah blog awak! haaaaaaaa

Okay sini dulu,

- Baca tanda sayang, Jenguk tanda rindu -



You May Also Like

31 comments

  1. sama lah kita. tapi blog lela takde cbox. sebab lela tak berapa minat cbox. suka komen. komen tu in shaa Allah lela akan balas.

    ReplyDelete
  2. Hahaha.. nice entry..
    Bagus juga ada panduan cengginie.. memudahkan untuk buat entry.. hahaha

    ReplyDelete
  3. kan!!! robot2 bagai ni buat mood ke lut sikit kalau nk bw,.. tabah la hati.. Unni pun suke titik berat font dan gambar.. kalau font dia myakitkan jiwa nk baca so terus tgl tnpa jejak... gambar bnyak lagi best tertarik jak nk tgk smua..huhuhu

    ReplyDelete
  4. Kita pun suka singgah blog awak... =)

    ReplyDelete
  5. Singgah tengah hari...
    dengan kesejukkan dekat opis..
    hujan di luar..kalau mcm tu blog sis belum tersenarai dalam favorite la ni...
    tapi dlm group respect Them tu Alhamdulillah.. thanks dear...

    ReplyDelete
  6. Betul la tu.... Paling tak suka blog yang backgroundnya hitam. Kalau terklik, cepat2 pangkah balik...

    ReplyDelete
  7. siqah suka blog yang cantik jugak! Dan paling penting bagi siqah adalah responsive mobile template. Ada mobile view sebab siqah selalu Bw guna phone je. Payah kalau blog yang takde mobile view, jenuh nak fit into screen. Lama2 pangkah terus.

    Siqah setuju dengan bab review drama / movie sebab siqah pun camtu jugak. Hehe.

    Btw, start hari ni nak anggap diri sendiri sebagai artis lah ☺️😆 =D

    ReplyDelete
  8. setujuu semua point ain tu.. :)

    blog ain pun cantik dah ni. kemas. :)

    ReplyDelete
  9. Haaa! Suka baca blog sis JM x 😁

    ReplyDelete
  10. Tp blog sis JMtu serious x cantik pastu asyik share pasal travel je x reti nk share pasal personel lebih kpd apa yg sis minat utk shard ngan org lain

    ReplyDelete
  11. Jln cerita pun skema jek org nk baca pun bosan tp leh la layan gambar 😁

    ReplyDelete
  12. Kalau sis JM ni suka jd baca mana2 blog tp paling suka baca blog travel dan blog yg dtb ziarah blog sis kira kunjungan balas of blog walking. We as s blogger we support each other 😁

    ReplyDelete
  13. alooooo no7 kakcik takde. no 5 pun uhuk uhuk. no 6 pun uhuk uhuk. kekadang den buat jugak. hahaha

    ReplyDelete
  14. hihi...bab Font tu memang betul sangat. Sejak akak berblogging 9 tahun yang lepas sampai hari ni masih tak berjaya cari font yang menarik kat blog sendiri.

    ReplyDelete
  15. yep betul susah nak tinggalkan jejak kalau blog tu takda cbox , kalau nak tinggal komen , macam pelik pulak tak kena mengena dgn entry dia

    ReplyDelete
  16. betol tu. yang paling penting entri tak terlalu panjang dan ada gmbar berselang seli dengan tulisan. tak da la boring sngt nak membaca. hehe. nice entry!

    ReplyDelete
  17. Blog saya biasa je.. Harap Ain sudi singgah.. :) heheh

    ReplyDelete
  18. haaa gitu. kalau mek pulak extra nak yg mobile view. skang ni bnyk on the go so mobile view kena lah ade. ni matikk jugak la nk kne besau besaukan bile tk de mobile view --'

    ReplyDelete
  19. Haaa, saya takde C-Box..aduhhaii..heeeee

    ReplyDelete
  20. bab cbox dgn tulisan tuu selaalu sangat AB jumpa yg cboxnye disorokkan, nk komen kene robot bagai, tulisan kecik yakmat kelabu cair pulak..hadoiyai..makin naik tahap kerabunan hakak ni..hahhaha

    mai le singgah blog kite pulak

    Kertas Sejarah SPM 2016 Bocor?

    ReplyDelete
  21. Entry panjang tapi diselang seli dengan gambar ok je.. hehehe

    ReplyDelete
  22. Mrs. A pun minat LMH eh! tetiba muaahaaaaaha....
    Hurmm... lain orang lain citarasanya.
    Tapi one think for sure semua orang suka yang cantikkan?
    Termasuklah Mrs. A.
    Tapi bagi Mrs. A pulak kalau blog tu tak cantik pun tapi isinya ok dan loadingnya cepat Mrs.A layanz jugak.

    ReplyDelete
  23. Haii tirah,

    Zety pun setuju almost semua nk..
    Esp blog cantik/font & entri tak terlalu panjang..

    Panjang2 sgt tak larat den nak baco unless ditulis dengan menarik!

    Hopefully tirah suka la lawat blog zety!

    spitoutkata.blogspot.my

    XOXO

    ReplyDelete
  24. Cikna suka blog yg cantik&owner tu mesra blog... Kdng2 kita ni b'kali2 blog walking&tinggalkn komen tapi haram dia nk ke blog kita, so slmt tinggal le blogger gitu...

    ReplyDelete
  25. tapi kalau pakai wordpress. memang sekian wassalam la nak dapat template cecantik :'(

    ReplyDelete
  26. Hmm.. betul tu.. sy pun masih lagi tengah perbaiki ciri-ciri ni semua.. Jemput visit blog ya, hehe..

    http://lifeisgreatwithme.blogspot.my/

    ReplyDelete
  27. entri sy pun ada ciri2 karangan juga hahaha

    ReplyDelete

Komen la mana tau kita boleh jadi kawan ? Jangan malu jangan segan tinggalkan URL Blog anda untuk Ain balas kunjungan yaaaaaa ❤