Cerpen 2 : MIMPI

by - November 08, 2016

" Maafkan saya, encik, puan. Kami telah berusaha sebaik mungkin. Allah lebih sayangkan dia. Anak encik dan puan tidak dapat diselamatkan. "

Aku lihat ibu aku rebah longlai di lantai. Aku lihat ayah masih kaku tanpa sepatah perkataan pun. Aku nampak 2 jururawat sedang memapah ibu. Ibu nak pergi mana. Adik dekat sini. Kenapa jeritan aku seolah tenggelam? Aku di mana? Siapa yang mati? Siapa yang doktor cakap Allah lebih sayangkan dia? Siapa? Kenapa ibu rebah? Kena ayah diam? Kenapa? Kenapa?

*****

" Adik, adik mimpi lagi ni. Bangun adik. Adira bangun Adira " nyaringnya suara ibu dan goncangan badan buat aku sedar dari mimpi yang aneh. Bukan kali pertama aku mimpi benda yang sama. Tiap kali aku mengadu pada ibu, mesti ibu cakap "mimpi kan mainan tidur" Tapi bu...... "Adik tidur tak basuh kaki ni" Tapi adik ada wuduk sebelum tidur, adik baca doa tidur. Ayat ini yang tak terluah tiap kali aku ingin bersuara.

"Adik, ayah dah tunggu dekat bawah tu. Cepat turun. Nanti terlewat pulak nak subuh jemaah"

Ya. mimpi tu kan mainan tidur. Biarlah seratus kali pun muncul, ia tetap mimpi bagi aku. Segera aku turun dari katil. Sebaik sahaja air menyentuh muka, mimpi tadi seolah-olah pergi bersama air yang mengalir ke mana aku tidak pasti.

Pagi itu seperti cuti-cuti semester yang lepas, aku banyak habiskan masa di rumah. Teman ibu masak, kemaskan rumah, bersihkan halaman rumah. Bukan tiada kawan tapi bagi aku ibu adalah kawan terbaik pernah aku ada. Setiap satu perkara yang aku lakukan ibu orang pertama yang akan mengetahuinya. 

"Seorang remaja perempuan parah apabila kereta yang dinaiki beliau terbabas dan melanggar pembahagi jalan"

Entah kenapa, suara dari kaca televisyen itu begitu menarik perhatian aku untuk melihat susulan berita tersebut. Nak kata suara pembaca berita lunak seperti yuna tak jugak. Mungkin berita itu yang menarik minat dan menjentik hati aku untuk teruskan menonton berita. Wait. Berita? Like seriously aku tengok berita? Duhhh sejak bila?

"Eh, adik sejak bila suka tengok berita ni?"

Ya, ibu betul. Adik tak pernah tengok siaran berita selama ni. Ibu cuma ketawa melihat aku berjaya habiskan 30 minit di hadapan kaca tv untuk menonton siaran berita. Aku anggap itu cuma kerana umur aku yang makin dewasa menjadikan aku lebih berminat untuk menonton siaran berita. Ya instinct aku tak pernah salah. Ini cuma salah satu tanda bahawa aku sedang meningkat dewasa.

"Ibu, adik lapar" rengekan aku disambut dengan senyuman ibu yang paling aku rindu bila balik kampus. Ibu suap aku haritu. "Eii mengadanya anak ibu ni" ya ibu, tetiba anak ibu jadi mengada. mungkin ibu akan rindu nak suap adik lepas ni.

****
"Ibu dah nak maghrib ni. Adik nak tutup tingkap kejap" Aku bangun dari sisi ibu selepas selesai memicit bahu ibu. Kesian ibu penat seharian melakukan kerja rumah.  

Wuuuushhhhhhhhhhh

Angin dari mana datang secara tiba-tiba menampar kasar muka aku. Ibu kuatnya angin ni. Sakit muka adik. Belum sempat aku tutup tingkap untuk menghalang angin dari terus menampar kasar muka aku, muncul satu cahaya yang sangat terang, tersepet mata aku menahan silau. Ibu ini cahaya apa? Sekarang kan dah nak maghrib?

****
Eh ibu, Aku nampak ibu ditenangkan ayah. Tapi kenapa ayah menangis? Ibu pun? Ehh kakak pun ada? Bukan kakak masih di universiti? Adik Cah pun ada? Adik kan sepatutnya dekat sekolah? Kenapa semua menangis? Kenapa banyak baju seragam putih? Aku di mana? 
Sambil berfikir aku berjalan laju ke arah ibu. Aku ingin memeluk ibu. Aku nak ibu menjawab semua persoalan aku. Tapi...... eh tu aku ? kenapa darah banyak memenuhi tubuh badan aku? Ibu sekejap ya, adik nak tengok betul ke perempuan yang baring sambil dikelilingi mereka yang berpakaian seragam putih itu adik. Ibu tunggu tau. Nanti adik peluk ibu.

"Masa kematian 11.00 pm"

Eh sekejap. Mati? Apa maksud encik? Eh encik ni doktor? Doktor itu saya??? Doktor kenapa diam? Hello saya cakap dengan doktor ni.

" Nurul Adira binti Hassan , masa kematian 11.00 pm, cedera parah di kepala"

Ah,
Sungguh aku terduduk, sebelah jasad aku sendiri. Aku menangis. Seolah melepaskan satu beban di dada aku terus menjerit. Setelah beberapa saat aku bangun, menghampiri jasad yang kaku. Aku selak kain yang menutupi muka jasad tersebut. Adira, kau dan aku adalah satu, tapi saat ini aku dan kau telah terpisah.... buat selamanya. Engkau akan kekal jadi jasad dan hilang dimamah cacing tanah. dan aku akan kekal sehingga hari perhitungan diSana.

Ibu. Ya ibu masih diluar.

" Maafkan saya, encik, puan. Kami telah berusaha sebaik mungkin. Allah lebih sayangkan dia. Anak encik dan puan tidak dapat diselamatkan. "

Aku lihat ibu aku rebah longlai di lantai. Aku lihat ayah masih kaku tanpa sepatah perkataan pun. Aku nampak 2 jururawat sedang memapah ibu. Aku lihat kakak terduduk di bangku sambil memeluk erat adik Chah. Aku berjalan longlai mengikut ibu. Ibu sedar, cuma masih terkejut. Anak yang ibu suap tadi rupanya sudah pergi dijemput Ilahi. Adik sayang ibu. Ucap aku sambil memeluk ibu.mungkin ibu akan rindu nak suap adik lepas ni. Perlahan aku pejamkan mata sambil mendakap kemas tubuh ibu yang tidak bermaya.

Berita di kaca tv semasa aku dirumah tadi rupanya aku sendiri. Tidak pernah aku jangka bahawa aku akan melihat wajah aku di kaca tv. Suapan ibu tadi ternyata kalimah-kalimah yang keluar dari mulut aku dengan izin-Nya. Angin kuat menyedarkan aku bahawa tempat aku bukan di dunia lagi. Ibu, ayah, kakak, Adik Chah dan lain-lain kita jumpa dekat sana ya? Adik tunggu.. Doakan adik baik-baik dekat Sana........


*****

"Allahuakbar! Allahuakbar!" saat kereta berpusing aku cuma mampu mengungkapkan kalimah Pujiaan itu sahaja. Langsung tidak aku berfikir untuk mengawal stereng kereta sehingga aku lihat pembahagi jalan benar-benar depan mata, dan akhirnya kereta aku bagai dilanggar sesuatu yang kuat seolah-olah kereta dipeluk rapat oleh pembahagi jalan. Aku biarkan mulut aku memuji Allah sambil kedua tapak tangan didakapkan kedada. 

-Tamat-

You May Also Like

10 comments

  1. bila tiba masa kita...entah la mcm mana pulak kan...nukilan yang bagus...mmg layan membaca...

    ReplyDelete
  2. I'm not a robot and
    i'll read yours later.
    Going out for supper.

    It's me from:
    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Nice cerpen :) terasa kematian tu dekat. dan betapa sebenarnya kita tk bersedia untuk tinggalkan keluarga tersayang.

    ReplyDelete
  4. Wah. Dah lama tak read entries in Malay so this is like a shot of arrow to my heart.

    Mira | Pretty Little Things

    ReplyDelete
  5. Sedih.... tersedu LeYa menghayati cerita ni

    ReplyDelete
  6. Pergh!! Nice cerpen..
    Cerpen kan?? Ohsem tu..
    Keep it up gurl..

    ReplyDelete
  7. Tudia.. banyak kali tu berlaku.. sampai dalam mimpi..

    ReplyDelete

Komen la mana tau kita boleh jadi kawan ? Jangan malu jangan segan tinggalkan URL Blog anda untuk Ain balas kunjungan yaaaaaa ❤