Kompilasi Chant Ultras Malaya by 1936 Bois Part 1

by - September 17, 2019


Sumber : Google


Assalamualaikum and hai geng,

Kalau korang tanya aku,

'Eh Ain, kau tgok bola sebab nak ikut orang kna?"
"Eh perempuan ni acah je tgok pandai tengok bola"

Hahaha terserah kalian. Aku layan kot bola, Tapi bola sepak tempatan je lah (Kejor Yop Kejor) dan yang melibatkan Tanah Air Tercinta sendiri ni. Negara lain dah kenapa aku nak kena support. Tapi World Cup hritu aku first time la tgok, and aku sokong semua team yang kalah #Noob #Noluck

First of all, semua chant2 ni aku amik dari Youtube 1936 Bois . ( Don't forget to LIKE, COMMENT, SHARE and SUBSCRIBE) Thank you Ultras for the effort. Macam mana nak join jadi UM hehe tapi korang tak amik perempuan kan? And aku nak turun stadium susah again sebab perempuan and aku jauh di utara tanah Perak hewhew



Sekarang kan macam musim kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023, So wht not korang belajar la sikit2 chant2 atau lagu2 yang dibawa oleh Ultras Malaya (UM) kita ni , kalau korang ada nak turun stadium masa hari perlawanan nanti. Ni macam warm up and practice mak perfect right? Apalah guna nya korang turun stadium tapi tak chant sama2 dengan Ultras Malaya (UM)  kan? Hehehe Ingat yang kita semua adalah EKOR HARIMAU SEJATI

1) LIRIK EKOR HARIMAU SEJATI 

Harimau malaya

Kami selalu ada

Kalau dimana berada

Kami disini terus menjadi

Ekor harimau sejati

Ooooo Oooooo Oooooo


2) LIRIK JUANGLAH MALAYSIAKU

Berjuanglah,

Malaysiaku,

Semarakkan jiwa raga mu

Hitam kuning kebanggaanku

Selamanya kau dihatiku

Oooo Oooo Oooo

Lalalalala lalalalalala

Bangkitlah,

Pahlawanku,

Usah gentar pada musuhmu

Teruskanlah perjuangan

Hapuskan musuh-musuhmu

Oooooo Oooooo

Lalalalala lalala lal lalala


3) BANGKIT BERSAMA

Ayuh bangkit bersama

Demi nusa dan bangsa

Kan, ku julang namamu

Oh Tanah Airku

Malaysia yg satu

Kan, ku julang namamu

Oh Tanah Airku

Malaysia yg satu

 MA LAY SIA!

4) BERIKAN KEMENANGAN

Lalalala  Lalalalalalala

Lalalala  Lalalalalalala

Malaysia

Beri kemenangan

Beri kejayaan

Demi kebangsaan

Malaysia

Kaulah pertiwiku

Hanya kau yang satu

Tanah tumpah darahku



Setakat ni dorang baru keluarkan 4 cover. So kita tunggu lebih lagi okay. Kasi chant mantop2 sikit! Baru semangat nak chant even dekat rumah kann

So ada sesiapa tak rakan-rakan blogger yang turun Vietnam 10 October 2019 ni bagi perlawanan seterusnya Vietnam vs Malaysia??

Ain? Nak pegi bukit jalil pun tak lepas. apatah lagi Vietnam haha. Tapi tetap support dari rumah.

Ayuh Harimau Malaya, Kami selalu ada. Bangkitlah Berjuanglah demi tanah air tercinta

You May Also Like

18 comments

  1. Tak layan bola tapi suka sangat dengan chant ini.. Memang masa musim bola selalu je dengar radio pasang.. hehehe.. Chant dia pembakar semangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi tu kaksha. oh radio pun pasang ehh. Dah lama tak dgaq radio haha

      Delete
    2. Akak memang selalu buka radio time drive dan juga dekat opis.. suka dengar DJ membebel dna layan lagu.. hehehe..

      Delete
  2. dulu2 zamann remaja suka juga bole..sanggup bangun awal pagi tengok bola..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishh hahah. ain takdak smpai mcmtu kikiki kita layan local je. Paling lewat 12 mlm hbis la hahaha

      Delete
  3. minat tak boleh buat apa...
    akak ni tak minat sgt sukan, tp idok lah benci pasal sukan nih, kdang2 layan jugak tgk game malaysia nih,cuma kadang tu berdebar lebih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi2. Tipu lah kalau melibatkan negara tak terdetik nak sokong kan hehehe

      Delete
  4. tanpa ultras tak meriah tengok bola

    ReplyDelete
  5. Lagu2 bola ni, dia punya inspirasi lain sangat tau. Best

    ReplyDelete
  6. i never really know the song hehe

    ReplyDelete
  7. Jarang follow update mana2 team bola sepak, tapi bila tengok chanting diaorang semua jadi bersemangat pulak dah.

    ReplyDelete
  8. Lagu2 tu memang bangkitkan semangat kalau dengar. Tapi bagi player tak tau la. Hehe...

    ReplyDelete
  9. baru tahu betul betul lirik lagu harimau malaya

    ReplyDelete
  10. Semangatnya.
    Zaman layan bola kat stadium dah berakhir. Layan bola depan tv je mampu skang.
    Kalau duduk dengan UM, memang semangat membara2 jadinya.
    Tapi kalau duduk dengan orang biasa, maki hamun tu dah jadi makanan. Hihihihi.

    ReplyDelete
  11. Sejak Kak Sue dapat meniaga dalam stadium.. terus minat bola. Selalu kalau kat stadium bila ultras nie masuk memang naik semangat jadinya.. kadang sampai meremang tau dengar lagu depa.. nak pula dapat dengar dan tengok secara live..

    ReplyDelete
  12. respect gile kat ultra malaya ni. mana je team malaysia gi, mesti ada diaorang. and bila dgr dioarang bersorak...kita pun sama bersemangat. apa lagi pemain kan.. best!!!

    ReplyDelete

Komen la mana tau kita boleh jadi kawan ? Jangan malu jangan segan tinggalkan URL Blog anda untuk Ain balas kunjungan yaaaaaa ❤