Bestnya kalau dapat travel dengan Singapore Airlines
Assalamualaikum and hai geng!
Siapa yang je yang tak suka
travel betul tak? So kepada korang suka travel tu, especially yang suka travel
ke negara luar please keep reading ya untuk baca berita best ni!
So kalau dah nama pun travel
ke negara lain, apa lagi yang paling penting selain flight betul tak? As a
pelancong, mesti lah kita nak pilih flight yang murah and suitable dengan bajet
kita kan? Haaa korang jangan terkejut yang sebenarnya Singapore Airlines ada
menawarkan harga yang korang sendiri mampu beli! Wahh gituu bukan?? Untuk
pengetahuan korang jugak, Singapore Airlines ni antara syarikat penerbangan
yang terbesar jugak tau di Tenggara Asia. Depa jugak ada menawarkan penerbangan
ke lebih kurang 62 destinasi seluruh dunia tau. Wehh banyak tu.
Korang pernah dengar pasal
Changi International Airport? Yes tepat sekali. Antara Airport yang cantik di
dunia sampai orang travel ke Singapore semata-mata nak tengok airport dia je.
Bayangkan cantiknya aiport tu macma mana. Antara yang paling orang nak tgok air
terjun indoor buatan yang paling tinggi dia dunia atau dikenali sebagai Rain Vortex
Kredit
; Google
Haaa korang tgok interior
design airport tu sendiri pun kita dah kagum kan. Cuba bayangkan macam mana service
yang sediakan dalam flight pulak kan? Mestilah top top meletop guyssss.. 5
classes of flight ditawarkan seperti economy, premium economy, business, first
class and suites. Makanan juga ada disediakan. Tak lengkaplah perjalanan kita
ke destinasi tanpa rasa makanan yang ditawarkan oleh sesuatu flight tu bukan.
Bila sebut Traveloka tak perlu lagi rasanya
aku cerita panjang2, sebab korang mesti dah tau kan. At least pernah dengar la
kan. Tapi kena cerita jugak la sikit kenn Traveloka ni actually web atau apps
yang membantu korang memudahkan perjalanan travel korang untuk book flights dan
jugak hotel! Kalau korang search cheap Singapore Airlines booking,
korang boleh dapat harga yang rendah. Meh aku ajar korang mcm mana nak guna
Traveloka ni.
Contohnya korang nak pergi London. First, korang bukak Traveloka web
atau apps, search Singapore Airlines, then isikan detail macam destinasi yang korang
nak pergi contohnya Singapore cari tarikh yang korang plan, preferably bukan
musim cuti sekolah atau perayaan. Lepas tu click search flight, dan korang akan
nampak list of flights yang ada pada tarikh yang dah dipilih tu. Korang pilih
yang mana satu korang nak, isi detail passengers, lepas tu buat payment. Ada
banyak cara nak buat payment tapi yang senang online banking atau kad kredit.
Kalau semuanya okay korang akan dapat e-ticket kat dalam account Traveloka korang
tu atau email. Simpan elok-elok dan jangan hilangkan tau. Sebab e-ticket nilah
proof masa korang nak check in kat airport nanti.
Aku harap korang dapat cari top flight to London kat Traveloka so nanti korang boleh
google pasal London. Aku nak share sikit kat sana tempat apa yang korang boleh
visit.
[ Oxford Street ] Kredit ; Google
Oxford Street adalah lokasi
membeli-belah yang paling meriah di Eropah dan sudah semestinya yang tersibuk
di London. Kebanyakan kedai yang terdapat kat sini adalah butik-butik berjenama
mewah. Kalau korang berjalan dari Oxford Circus ke Tontenham Court Road,
terdapat kedai-kedai seperti American Apparel dan Topshop. Sepanjang Oxford
Circus dan Bond Street pula terdapat banyak kedai-kedai pakaian berjenama
terkenal seperti Zara, Gap dan H&M. Dari Marble Arch ke Bond Street,
terdapat Marks & Spencer, New Look, Selfridges dan Primark. Selain
pakaian, kalau korang berjalan-jalan di sekitar Charing Cross Road dan Denmark
Street, terdapat banyak kedai buku dan peralatan muzik. Sementara itu di
Edgware Road pula terdapat jualan pelbagai barangan elektronik.
[ Leicerster Square ] Kredit : Google
Leicester Square adalah dataran yang
terletak di West End London. Di dalam dataran ini terdapat sebuah taman yang
menghijau untuk korang yang ingin merehatkan mata daripada pemandangan bangunan
yang terdapat di sekitar. Attraction lain yang terdapat di Leicester Square
adalah tempat-tempat untuk menonton wayang atau teater yang banyak seperti di
Cineworld, ODEON Leicester Square, dan Vue. Dah puas menonton, korang boleh
melawat banyak kedai menarik seperti kedai M&M terbesar di Eropah, kedai
LEGO terbesar di dunia, kedai jualan barangan Jepun di Japan Centre dan
macam-macam lagi!
[ Buckingham Palace ] Kredit : Goolge
Buckingham Palace adalah istana yang
menjadi tempat tinggal rasmi Ratu Elizabeth. Selain istana ini, Ratu Elizabeth
turut tinggal di Windsor Castle dan Balmoral. Sebelum ke sini, korang perlu
tahu bahawa Buckingham Palace hanyalah dibuka kepada orang awam ketika
musim panas yang kebiasaannya dari bulan Ogos ke September.
Antara yang boleh korang lihat kalau
melawati istana ini adalah 19 buah bilik menyambut tetamu yang dihias dengan
indah, the Throne Room (bilik yang sering digunakan dalam fotografi perkahwinan
diraja), tangga mewah istana, pameran khas, karya seni dan lawatan sambil
mendengar penerangan audio yang menggunakan suara Prince Charles! Its amazing
kalau dapat ke London dengan Singapore Airlines.
Terima kasih sudi baca.
Love,
AAA
14 comments
tahun lepas pernah terbang dari changi airport..tapi naik garuda airlines...belum pernah naik singapore airlines lagi
ReplyDeleteSerius lawa Buckingham Palace tu, ada bunga tulip...dah la juju ni pencinta bunga tulip !
ReplyDeleteCantiknya airport spore..ptt la ramai suka naik spore airlines..bru ni ada officer tmpt akak pi korea,naik flight spore airlines...x tnya lgi experience dia..tpi sure best kan..airport pun cntik..apa lgi flight dia...kan kan...
ReplyDeleteadoi bestnya lah kan kalau dapat travel obesi nii ain :) jomm lanjer kak ana :)
ReplyDeleteWow.. banyak destinasi flight dia tu. Memang best la
ReplyDeletetak pernah sampai singapore lagi nihhh....macam best jee..
ReplyDeletesyarat utama untuk melancong ada duit dan masa.
ReplyDeletejika keduanya sudah dapat, jangankan ke Singapura ...ke seluruh dunia dalan 365 hari pun dapat...
in shaa Allah
pernah sekali pergi singapore tapi tak sempat nak teroka changi airport. menyesal tak sudah. ok Traveloka, boleh sponser saya pleaseee
ReplyDeleteSingapore negara 'oversea' pertama saya pergi. hihi.
ReplyDeleteSekarang alhamdulillah, dapat peluang stay di Korea.
sape2 nak datang Korea, boleh roger2 ya. :D
senang dengan traveloka ni sebab cover ticket flight dengan hotel & yes elakkan pergi musim cuti sekolah. Menangisssss
ReplyDeleteBest juga kalau dapat naik singapore Airlines kan
ReplyDeleteSyoknya kalau boleh travel.. hehehe
ReplyDeleteSingapore Airlines ni besar kapalnya, macam Vietnam Airline yang pernah Sis naik, cuma dengarnya orang kata lebih hebat dia dari yang lain..dari keluasan, servis dan juga keselesaan..kata oranglah sebab Sis belum pernah naik lagi heheheh
ReplyDeleteLawanya airport dia
ReplyDeleteKomen la mana tau kita boleh jadi kawan ? Jangan malu jangan segan tinggalkan URL Blog anda untuk Ain balas kunjungan yaaaaaa ❤