Review Blog 3 : Shikinrazali.com
Assalamualaikum and hi geng
Harini Ain nak review pulak blog Starlavenderluna's Journal Of Life aka Kak Shikin. Maaf ya akak sebab lama Ain hutang dengan akak. Tah akak pun dah lupa yang Ain ada hutang dengan akak. Mintak halal ye kak.
Ain ingat lagi kak shikin pun antara blogger yang aktif jugak dalam support member akak rajin join segmen dan GA yang dianjurkan oleh rakan2 blogger lain.
Jom kita kenal sikit pasal pemilik blog Starlavenderluna's Journal Of Life
Nama diberi Wan Nur Ashikin Binti Razali tapi lebih dikenali sebagai Shikin Razali
Lahir pada tahun 1982 di Kuala Terengganu dan merupakan anak sulung dalam 5 adik beradik.. Kini saya tinggal di Salak Tinggi, SepangBerkhidmat sebagai Pembantu Pustakawan (Perpustakaan Negara Malaysia
Kolej Komuniti Kuala Terengganu
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia)
Berkahwin dengan Mohd Shahril Azmezaa (Terengganu
Perak)
Mempunyai 3 orang anak saudara (hingga kini)
Peminat tegar pada kentang tapi bukan frozen food.. Okey, suka jugak frozen fries tapi saya cuma difrost dan masak dalam mikrowave tanpa menggoreng semula.. Kalu jenis buah, saya suka buat potato salad atau mash potato... Yang lain-lain adalah standard masakan Malaysia
Seorang yang berdikari, pemalu tapi bila dah kenal lama saya akan jadi peramah (hehehe)
Peminat tegar kucing... Setakat nie kalu ikutkan saya dah bela sebanyak 23 ekor kucing tapi yang masih hidup adalah 5 ekor.. Gelaran mereka adalah ‘askar wataniah’ sebab suka jaga keamanan sekeliling rumah...
Peminat tegar siri kartun dan animePeminat tegar genre seram, komedi dan romantik islamik
Untuk pengetahuan korang, Kak Shikin jugak buat part time mengurut tau. Kalau korang teringin nak cuba boleh la contact nombor dalam banner di atas. Serba boleh lah Kak Ssikin ni. Kalau Ain dekat, Ain pun teringin nak try menurut sebab tak pernah lagi kena urut. selain urut dkt kemboja haritu, tak puas dan tak best haha
Ain rasa buat sementara ni KakShikin mungkin rehat sekejap sebab tgok last update pun 2 minggu lepas. Takpe korang jangan berenti terjah blog Kak Shikin okay.
Untuk kak Shikin :
Ain mintak halal ye guna sumber2 dari blog akak. Mintak maaf jugak sebab 3 tahun baru bayar hutang ni. Semoga Akak terus dimurahkan rezeki panjang umur dikurnia kesihatan yang baik.. Amiinn
Untuk korang :
Jangan lupa terjah, follow, spam sampai Kak Shikin blogging balik. Okiiii
6 comments
Tahniah Shikin Razali
ReplyDeleteHa'ah Kak Shikin dah tak aktif sangat sekarang. Rindu nak baca post kak shikin pasal bomba
ReplyDeleteBlogger pemurah ni. selalu bagi gift kat blogger lain.
ReplyDeleteWah!! Boleh mengurut
ReplyDeleteShikin sekarang ini mungkin tengah buzy.. Lama juga tak ada update dari beliau.. Harapnya semua okaylah buat Shikin..
ReplyDeleteyang ni pun familiar gak
ReplyDeleteKomen la mana tau kita boleh jadi kawan ? Jangan malu jangan segan tinggalkan URL Blog anda untuk Ain balas kunjungan yaaaaaa ❤