Pesta Lampu di Taiping. Best ke??

by - August 22, 2019






Assalamualaikum and hi geng.

kalau tak salah aku start 3 Aug 2019 - 18 Aug 2019 haritu lagi berlangsung Pesta Lampu dekat Taiping bandar warisan ni. Bersebelahan McDonald Simpang, Taiping.

Gambar banyak tapi tu la bukan dekat phone aku sebab aku malas nak amik gambaq. Weh sejak masuk 24 tahun ni Ya Allah nak bukak camera pun malas gila. Macam mana korang rajin snap every pictures tu :') Dah tak bernafsu dah nak tangkap gambaq, nak edit. Haih rindunya dekat Ain yang dolu-dolu huhu....

So aku pergi 17 aug 2019 sebab yelah melayu kan, dah hujung2 baru nak pergi hehe. Ingat nak dating tetiba satu family nak ikut. Hahaha hang rasaaaaaa??? Okay lah jom lah semua pegi. Sorry pakwe :P

Bagi aku pesta lampu ni emmm, to be honest tak berbaloi pun dengan harga tiket. Entah lah sebab macam kecewa jugak la dengan apa yang kita bayar and dengan apa yang kita dapat. Okay aku list dekat bawah Pros and Cons dia

Pros
  1. Lampu cantikkkkkk
  2. Ada tempat makan + meja kerusi untuk duduk
  3. Ada game macam ala2 dekat funfair tu
  4. Ada tempat untuk budak2 main
Cons
  1. Parking susah okay sebab tepi jalan besar???
  2. Kawasan kecik sangat. Pusing 10 minit dah habis tengok semua lampu
  3. Yes ada tempat makan and meja keruis semua tu, tapi tak banyak choices. 
  4. Okay ada game semua nice la tapi sedih wehh sebab kecik sangat. Tak tahu nak gelak ke nak sedih
  5. For me, harga tiket dia tak berbaloi untuk masuk. But okay la kalau setakat nak rasa sekali seumur hidup kan

Pinjam gamabq adik aku je sebab gambaq aku hehehehehehehehe takleh post sini


Abah tak ikut kalau tak complete dah satu family. Maceh pakwe amikkan gambaq <3







Sebenarnya banyak lagi lampu2 yang cantik cuma aku malas nak tangkap gambaq sebab masa tu macam kecewa gila hahaha dah balik rumah baru terfikir benda boleh buat content blog lol


As a conclusion, pesta lampu ni okay je aku bagi 3/5

So as a suggestion yang aku boleh bagi
  1. Cari kawasan yang lagi luas, yang lagi besaq and senang nak cari parking ke. Dia kalau best tapi parking jauh pun orang still happy sebenarnya kan
  2. Banyakkan lagi aktiviti dekat dalam tu. Kalau boleh gambung dengan funfair ke lagi best. 
Tiket masuk 
RM 5 (Semua kecuali warga emas free)
RM 3 ruman hantu. Aku tak masuk pun sebab nak masuk pun tgok kecik je plus takyah la cari penyakit hahaha


Tenkiuu sudi baca
Love,
AAA



You May Also Like

19 comments

  1. mcm menarik je.. kat tempat sy pun ada tp belum pernah pi lagi hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya byk pesta lampu ni seluruh malaysia mcm seretak pulak dia buat

      Delete
  2. Aaaa done read your article! Kenapa macam lagi cantik and seronok je dekat sini siap ada rumah hantu lagi. Aaaa ni yang tak puas ni xD

    ReplyDelete
  3. sama macam karnival lampu yg tengah ada sekarang kat pekan kampung kak. tapi kak tak rasa teringin lak nak masuk. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk akak.. sekali sekala hehehe content blog tu akakkkkk haha

      Delete
  4. Menariknya pesta lampu, mst ramai orang datang. Mujur jauh kalau tak dah bawa anak2 pegi

    ReplyDelete
  5. hari tu ada jugak di KK..best tu memang best tp crowded hehe

    ReplyDelete
  6. adik shu duduk di ipoh ada pergi haritu dgn anak-anak dia. macam menarik. tak sangka pulak tempatnya kecil. ye lah kalau ramai serbu, macam pasar dah.. hihi

    ReplyDelete
  7. Nak pergi tapi tengok2 ah habis dah pesta lampu tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe habis dahhhhhh :') entry lambat sorryyyy

      Delete
  8. Wah cantiknya... Tak pernah keluar malam kalau pergi Taiping

    ReplyDelete
  9. kat melaka pun rasanya ada hari tu tapi tak sempat dan tak berahi pula nak pergi.
    ni pun nasib jauh kat taiping, kalau dekat, mau juga gi. nampak macam best pula. hihihihi.

    ReplyDelete
  10. Lawo lawo..tp jauh sgt nk ke sana

    ReplyDelete
  11. Cantiknya, akk balik tepeng baru ni xperasan pulak. BTW, tgk gmbr Ain tu, mcm kat desa jana je heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru2 ni mmg takdak dah mommy.. hehehehheheheh ain tau mommy kpg taiping kan, tapi area mana? Haah tu dkt taman desa jana ><

      Delete

Komen la mana tau kita boleh jadi kawan ? Jangan malu jangan segan tinggalkan URL Blog anda untuk Ain balas kunjungan yaaaaaa ❤