Produk Kosmetik Murah, Jimat Poket dan Berbaloi * FOCALLURE * SHOPEE

by - August 27, 2019



Assalamualaikum and hi korang.

Dah lama tak buat content pasal kosmetik kan. So harini aku ada barang baik punya nak share dengan korang. Benda baik kenapa nak simpan sensorang kan? Sebarkan hebohkan. So ramai2 boleh seronok sama2 hehe tiberrr

Okay rakan-rakan pembaca sekalian, mari dekat mari rapat. 

So products yg aku nak share harini adalah *drumroll*

 FOCALLURE

So basically Focallure ni satu online shop cosmetics yang base di Guangzhou, China. Ada ke yang tak pernah dengar brand ni? Macam famous jugak la brand ni kalau tak salah. 

Jadi, haritu tetiba rasa macam nak beli barang cosmetic baru, sebab mcm dah lama tak purchase barang cosmetics baru so aku pun terbukak Shopee, dan tersearch Focallure dan terbeli beberapa barang dari satu trusted online shop ni. hehehe So jangan banyak bunyi lagi keep on reading okay.


1. Focallure Liquid Foundation BB Cream face base makeup (Code -04- Natural)


Pros 
  1. Low to medium coverage. Sangat sesuai untuk yang baru nak berjinak2 dengan make up ni. At least nak try la rasa pakai foundation mcm mna. Very recommended. 
  2. Datang dengan SPF 15. So dia claimed ada SPF. Okay la tu, Tapi sunscreen/sunblock korang WAJIB pakai tau!
  3. Datang dengan 8 SHADES. 8 tu banyak weh. Sesuai la untuk orang Asia. kot
  4. Tahan lama, tak bercapuk, tak cakey. Tahan more than 4-5 hours tanpa perlu touch up
  5. Product dia tahan lama guys. Lifespan 3 years. Even botol dia kecik je dalam 30g
  6. Sekali pump pun dah boleh ada coverage full face
Cons
  1. Kalau yang allergy to perfume/ wangian dalam product cosmetic tak disarankan. sebab dia ada bau. Tapi bau yang at least aku suka
  2. Susah sikit nak buat keputusan nak beli shade mana yang sesuai dengan tone kulit


  1. Tanpa apa2 dekat tangan. (Abaikan kedut2 ditangan. Korang rajin2 la pakai lotion ke dekat tangan, kalau malas jadi mcm kulit aku hewhew)
  2. Setengah pump foundation
  3. Coverage yang diberikan. Cover okay kedut2 dekat tangan tu.

Price : Bergantung kepada masa korang beli. Aku beli haritu dengan harga RM9 je weh. Ko nak apa lagi???

Rate : 4.5/5

 2. Focallure Eyeshadow Pallete - 9 colors ( Code -05- Earth tone )


Pros
  1. Agak pigmented 
  2. Ada Shimmer and Matte
  3. 5 pilihan pallete ikut citarasa korang suka mcm mna
Cons
  1. Aku menyesal sebab beli satu pallete je T_T



Rate : 3/5

Price :


 3. Focallure Loose Setting Powder ( Code -02-)

Pros 
  1. Powder dia smooth teruk wehhhhhh. Perfect
  2. Diberi 3 shades untuk korang pilih
  3. Didatangkan sekali dengan span yang lembut dan best
  4. Foundation nampak smooth gila okay. Tak tipu. Mak love!
Cons
  1. TAKDE! JANGAN TANYA!
Rate : 5/5

Price :





 4. Focallure Blush Powder Natural Blush Powder ( Code B02 & B07 )
Pros 
  1. Mak suka okay dengan dua2 shades ni. Tapi 07 paling aku suka. Boleh kata tiap kali make up memang pilih 07. Sebab color dia mcm peachy2 sikit. Aku suka color mcm tu
  2. Ada 11 pilihan warna. 
Cons
  1. Kalau yang jenis nak pakai memang nampak pakai blusher tu kena apply 2-3 kali baru warna dia mcm boom gitu
Rate : 4/5

Price : Wehhh kalau discount tu below RM 5 kot???? Menangis weh kalau tak beli








Will repurchase?
YES! Terutamanya foundation, Setting powder and blusher code 07!

Jadi, kalau korang nak try jugak boleh la pergi ke Shopee and search Focallure Official yang dah sah2 memang online shop dorang kan. So takde lah kena scam ke apa. Even barang post dari China tapi within 4-5 days dah sampai dekat tangan korang. Laju kan???



So mcam mana? Tergoda ke tidokkkk? Haaa kalau tergoda pegi laju2 purchase okiii.. Yang mana korang akan purchase? Komen dekat bawak okay <3

Haaa ada sesiapa yang pernah try jugak? Apa pendapat korang? Best tak? And antara banyak2 produk Focallure yang mana korang PALING SUKA? komen dekat bawah jugakkkk


Ohhh sini aku link kan  antara 3 youtubers Malaysia yang dah pernah buat review pasal Focallure ni jugak. Kalau korang nak tgok aku link dekat bawah ni okay.

Youtube :
  1. NurFatinZakki
  2. LilyIbrahim
  3. AliaAzizan

Disclaimer : Aku beli sendiri, 100% duit sendiri. Bukan paid review, review ikhlas dari hati. 

Love,
AAA

You May Also Like

17 comments

  1. Cikbunga tak pernah Cuba lagi... Nanti nak godek godek shopee 🌹🌹

    ReplyDelete
  2. murah kat shopee ni kan.. berkenan pulak tengok eyeshadow tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. Murah lpastu kualiti pun elok. Ain menyesal beli satu palate haha

      Delete
  3. hi,,cuya pon buat review focallure

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2019/08/review-focallure-eyeshadow.html

    jemput singgh..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yayyyy dah baca jugakk. hehe Lpasni nak try eyeshadow yg tu pulak

      Delete
  4. sukenye tgk org dpt try mcm2 product ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jugak. haha ada duit lebih beli la. kalau takdak kita pun tgok review org lain je hehe

      Delete
  5. So far LZ tak pernah lagi beli kosmetik secara online sebab takut tak sama dengan tona kulit tapi agak berbaloi juga dengan harga kosmetik brand Focallure ni.. Kena cuba baru tahu kann..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaaa sama la dgn Ain pun. Prefer beli dkt physical shop lagi sebab boleh test sndiri kan. Ni pun sebelum beli mmg belek habis semua review. membantu la jugak sikit

      Delete
  6. Cantiknya warna dekat pallate eye shadow tu.. Lama dah tinggalkan barang kosmetik nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la kaksha try balik lpasni makeup2 hehe

      Delete
  7. Focallure ni RM50 pun macam2 boleh dapat beli, focallure win kat eyeshadow memang pigmented

    ReplyDelete
  8. Murahnya loose powder dia! Nak cari sekarang lah sementara tengah sale ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat. try la farhana hehe nnti buat review kita baca pulak

      Delete
  9. Sis JM x pakai semua ni..lipstik pun dok pakai..ore kampung 😂

    ReplyDelete

Komen la mana tau kita boleh jadi kawan ? Jangan malu jangan segan tinggalkan URL Blog anda untuk Ain balas kunjungan yaaaaaa ❤