Kerana darahmu Begitu Bermakna l HELOAIN BAB 10
Buku merah yang berguna musim PKP
Assalamualaikum and Hi Geng!
Lately ni nampak banyak sangat posting hospital-hospital yang memanggil orang ramai untuk tampil menderma darah. Musim-musim PKP ni bila ada program derma darah secara terbuka tak ramai yang datang. Antara sebab berjaga-jaga dengan Covid-19, musuh yang tak nampak, Terpaksa merentas daerah ( Kena lalu SRJ ) dan banyak lagi.
Mula-mula ternampak sepupu buat ig story Pusat Darah Hospital Seberang Perai call minta bantuan derma darah sebab stok darah kritikal. Aku dalam hati macam ya Allah sampai kena call penderma ya sebab terlalu urgent.
Nak dijadikan cerita pada hari yang sama aku scroll lah twitter. Mungkin Allah nak tunjuk lah kan ternampak Twitter @dermadarahtaiping yang mengatakan bekalan darah semua jenis darah diparas kritikal. Masa tu tak fikir panjang terus aku check twitter dan FB Derma Darah Taiping ni.
Memandangkan aku pun Alhamdulillah dah complete 2 dose dan lagi sehari 14 hari herd imunity aku terus book. Bagitau Hafizi cakap nak pergi derma darah hari ni Jumaat 27 Ogos 2021. Kebetulan member cuti. On lah. Dia pun nak ikut. Bagus jugak ada teman.
Twitter : @dermadarahtaiping
Facebook : Derma Darah Taiping
Lain tempat lain lah websitenya. Korang search la yang terdekat dengan korang.
Dekat Facebook dorng juga ada semua info termasuk surat perlepasan merentas daerah. Kalau frontliner tahan dekat SRJ boleh tunjuk surat tu je. In sha Allah lepas
Suasana dalam ni tenang saja. Macam aku tak ada masalah takut darah atau takut jarum. Aku suka hospital & klinik. Bau ubat-ubat tu menenangkan haha pelik ke? Tak kannn
Terima kasih nurse-nurse dan petugas. sangat mesra ramah. Yang nurse baju biru tu tukang cucuk. Lembut sangat suaranya. Siap Bismillah ye sebelum cucuk tu.
Kudap-kudap sebagai gift
Yayy dah ada buku merah. Btw ni pengalaman pertama aku. Dari sekolah teringin nak derma ,tak pernah lepas sebab tak cukup berat badan. Sekarang dah lebih dari cukup. hehe
Macam mana processnya Ain?
Okay kalau korang nak menderma dekat mana2 program yang dianjurkan tidak ada masalah. Korang boleh walk in sahaja. Kalau dah pernah derma bawak sahaja Buku Merah tu. Bukan passport ye aku jentik dahi korang. Ye tahu rindu nak travel
Kalau korang nak derma darah di Pusat Darah di Hospital ke better cari dulu info-info. Mana tahu kena booking dulu ke.
Macam aku pergi terus Hospital Taiping jadi aku booking hari yang sama juga.
Sampai je terus ke
JABATAN PERUBATAN TRANSFUSI HOSPITAL TAIPING
Tingkat 1 , Blok CSB Hospital Taiping Jalan Taming Sari 34000 Taiping
Scan Mysejahtera & Check suhu.
Pergi kaunter minta borang nak derma darah.
Bagitahu petugas di kaunter kalau korang pertama kali derma darah. Sebab nak check darah jenis apa.
Isi borang persetujuaan dan declaration. Jangan la menipu dekat borang tu. Kita nak bagi dekat orang kan kena lah jujur
Lepastu korang akan dikonsultasi sekejap je. Doktor akan tanya dah makan? Tidur cukup tak semalam? Ada sakit-sakit? Demam ? Batuk? Pening kepala? Lepastu check Blood Pressure.
Dah boleh derma darah.
Mula-mula jarum halus akan cucuk bius nak bagi tak sakit sangat proses derma sarah tu.
Selepas tu jarum besar untuk darah. Aku tak terkejut sangat sebab sebelum ni Hafizi pernah send video dia derma darah jarum dia besaq bapak hahahaha. Aku pun cuak.
Masa cucuk. eh? Dah? tak sakit punnnnnnnn. Dah cucuk ke?????? Serius lahh. Tengok2 darah dah masuk bag. Ohh dah rupanya haha. Jadi sepanjang proses tu korang main2, picit2 je bola atau toys dekat tangan tu. Takyah genggam beria lah. buat letih ja haha
p/s : Cucuk tangan yang korang selesa. kalau aku rasanya selesa tangan yang buat kerja yakni kanan. Tapi haritu kiri sebab dah duduk kerusi kiri. Nurse tu pun macam try lah kiri hahahaaha comel jee. Tapi lenguh la nak picit-picit bola tu. sebab bukan tangan kita buat kerja kan.
After 5 minit settle.....
Lepas cabut dorang suruh rehat kejap tengok pening tak. Macam aku Alhamdulillah tak rasa apa-apa even dah balik rumah pun still tak rasa pening-pening. Boleh jalani kehidupan macam biasa.
Siapa boleh menderma?
1. Semua orang boleh menderma. Bagi bawah umur 18 tahun korang kena ada consent letter dari penjaga
2. Kalau tak tahu jenis darah boleh ke? Bolehhhh pegi je. Dorang checkkan. Korang rilek je. Aku umur 26 baru tau jenis darah sendiri kahkahkah
3. Pasangan yang BARU BERKAHWIN tak boleh menderma ye dalam masa tempoh SETAHUN.
4. Boleh menderma 3 bulan sekali. Maximum 4 kali setahun
5. Bagi yang baru menderma dan nak menderma lagi ada kelonggaran. Selepas 2 bulan dari tarikh derma On. Dialu-alukan ( Yang ni kalau urgent lah yee. kalau saja-saja tu ikutlah tempoh 3 bulan tu )
Banyak lagi kalau nak list kan. Ni yang paling basic lahhhh orang kata.
Musim-musim Covid ni okay ke Ain nak derma darah?
Korang jaga lah SOP. Aku pun takut-takut jugak haritu. Hospital kot. Tempat risiko tinggi jangkitan. Memang masuk kereta sanitize badan , tangan. balik rumah terus mandi bersihkan diri. Jangan merayap mana-mana.
Kerana darahmu bergitu bermakna buat orang yang memerlukan.
Waktu operasi Jabatan Transfusi :
Rabu - Jumaat
8.30 pagi - 4.00 petang
Aku ambil kesempatan untuk ajak Warga Taiping dan sekitar untuk sama-saam derma darah juga ya
P/s :
Kalau korang yang belum dapatkan Vaksin ni. Korang pergi lah ambil. Lengapkan 2 dos. Tak rugi
Kalau takut mati. Semua akan mati cuma tak tahu bila dan bagaimana ja. Kita ikhtiar.
Salam,
AAA
18 comments
tahniah ain! alhamdulillah.. rezeki dpt derma darah.. =)
ReplyDeleteAlhamdulillah..tahniah berjaya menderma membantu mereka yang memerlukan. Sekarang hospital sangat kekurangan darah. Disebabkan covid ni mungkin orang takut untuk keluar. Husband saya rajin menderma. Dah 31 kali dah. Last derma bulan jun ke july haritu. Saya je masih takut dengan jarum dan darah. Masa nurse ambil sample darah tu pun dah boleh buatkan saya nak pitam. huhu
ReplyDeleteDulu nak derma tak cukup berat.Berat dah terlebih takut pulak. Haishhh tak tahu la bila nak menderma ni. Padahal penderma universal.
Wahhh betul2 penderma husband akak. Tahniah2
DeleteinshaAllah nnti dah tak takut jarum dan darah turn akak pulak okki ❤️
Alhamdulillah . Tahniah Ain . Derma darah untuk golongan yang memerlukan . Stok darah di kebanyakkan hospital rata-rata dah tak cukup bekalan
ReplyDeleteAkak tak pernah derma darah. Berat tak pernah cukup dan low BP. Ada member akak siap cakap kalau akak gi derma darah, nanti proses tu jadi reverse sebab darah akak yang tak cukup. Semoga sihat ye Ain. Derma darah ni besar pahalanya sebab boleh bantu selamatkan nyawa. Apa pun, semuanya kehendak Allah jua
ReplyDeleteSaya faham perasaan akak. Dulu saya macam tu juga :') now Alhamdulillah dah boleh. Takpee nanti bila everything dah okay mungkin turn kak sal pula yaaa ❤️❤️
DeleteAlaaa.... uncle seriau jarum!
ReplyDeleteTak sakit! Saya promise dengan uncle. Pejam mata 😆
Deletemasa diploma, pihak u selalu buat kempen derma darah tapi semua masa tu tak kena, time period lah, ada program seharian lah.. sampai la sekrang ni belum pernah lagi tercapai hasrat nak derma darah
ReplyDeleteTahniah, Ain! Yeayyy! Dah ada buku merah! Sumbangan Ain tu sangat berharga dan boleh menyelamatkan nyawa orang lain.
ReplyDeleteAin suka bau ubat ye?
ReplyDeleteLain padang lain belalang, lain orang lain perangai kan hehehhe!
Loveeeeee sangat! Hehe betul tu kak amie. Saya tak pelik kan 😆
DeleteAlhamdulillah, moga moga dapat membantu orang yang memerlukan bantuan darah ni. Saya punnn nak derma jugak tapi berat badan tak lepas huhuhu :')
ReplyDeleteSemoga darah yang Ain derma berguna untuk orang lain, akak pun xpernah menderma pernah
ReplyDeletealhamdulillah.. busyra dri zaman u nak derma. tp smpai kesudah x buat.. haha. sbb takut.. tp tringin.. entah la.. hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah selamat menderma. Harap dpt membantu org2 yg memerlukan darah
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Bagus sangat bila boleh menderma darah..
ReplyDeleteAkak tak lepas masa nak derma.. Dulu-dulu sebab berat tak cukup.. Baru ini sebab HB rendah.. huhuhu.. Tapi nanti nak cuba lagi.. Semangat tengok Ain menderma.. hehehe
sekarang memang kerap diorang buka booth untuk derma darah maybe sebab pandemik ni perlukan bekalan darah yang banyak
ReplyDeleteKomen la mana tau kita boleh jadi kawan ? Jangan malu jangan segan tinggalkan URL Blog anda untuk Ain balas kunjungan yaaaaaa ❤