Tongmo atau Sosej Kemboja di Daerah Kerian, Perak . Akhirnya l HELOAIN BAB 11

by - September 04, 2021

 


Tongmo atau Sosej Kemboja

Assalamualaikum and Hi Geng!

Dah lama ilerrrr cari Tongmo area Daerah Kerian ni. Baru-baru ni dia munculkan diri dan saya sangat gembira. Terus skema tulis. Ko napeeee?

Aku teringin sejak balik dari Kemboja tahun 2018 ye gaisss. Kia lah berapa tahun baru dapat. Sebelum ni tengok review saja. Aku ulang-ulang tengok review Youtube Mukbang Malaysia Ariey Jojo. Sayang nya dia duduk KL/ Selangor. Sana apa je tak ada kan.

Finally ada orang jual dekat sini.

Asalnya dorang bukak dekat Bagan Serai ( Tapak Bazar depan banggunan sebaris KFC )

Lately macam dorang bukak dekat Dataran Aman Jaya Semanggol ( Depan Kuarters Guru Semanggol )


Aku excited dan letak higher expectation hahaha.


Hasil yang dapat macam dalam gambar tu. Aku tengok orang makan besar ilerrr sosej dia. Yang ni mcm saiz sosej biasa je. Lagi satu harga dia agak pricey dengan produknya, At least for me. Tapi faham sebab proses buat dia rumit dan makan masa

Harga

RM 10 satu bekas : Sosej , Coslow dan sos

Rasa

Okay sedap lah juga. Isi padat. Tapi isi dia tu macam tak hancur sangat. Sos dia sedap ilerrrrr. Coslow tu potong jugak lah. Aku expect dapat betik sagat tu. Sebab usually orang letak betik. Sini letak coslow. Letihhhh hahah boleh variasikan lagi. KFC pun coslow semua coslow. Tak best

Nombor boleh dihubungi kalau nak order : 013-6080075

Kalau ada orang semanggol atau kerian yang baca blog ni selepas 2 atau 3 tahun selepas entry diupdate. Korang try call dulu lah ye owner nya hehehe


Salam,

AAA

You May Also Like

35 comments

  1. Belum rasa lg tongmo...kena cari jg ni..

    ReplyDelete
  2. duk lalu lalang je tongmo ni dpn mata.. haha..
    nt la try rs..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Haah uncle. Sebab saya pun rasa rm10 tu mmg standard harga tongmo ni. Tapi portion dia kuciwaa sikit huhu

      Delete
  4. tongmo? wah,, baru dengar dan xpernah cuba...mcm sedap je tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau suka daging mesti suka tongmo ni hehe tryy tau kalau berkesempatan

      Delete
  5. Nmpk mcm sikit je ye? Klu mak x puas mkn ni

    ReplyDelete
  6. Alamak kat kl ada jual ke? First time tau ni.. Ok nnt kita cari hehehe

    ReplyDelete
  7. Haah kak ret. Banyak belah kl sana. Tgok review pun banyak belah2 sana

    ReplyDelete
  8. Saya baru baru ni je kenal tongmo ni. Memang tak pernah makan tongmo. Tapi bila baca dia letak isi dalam usus terus rasa macam tak boleh nak makan sebab kita tak makan part organ dalaman.

    Kalau siapa suka ni gerenti bila dapat suka giler.

    ReplyDelete
  9. pernah makan yg rm12 tapi kecewa la xde la sedap mana..wuaaa.

    ReplyDelete
  10. Tak pernah cuba lagi Togmo ini. Nampak sedap!

    ReplyDelete
  11. nampak menarik ni....kat Seremban xde ni...

    ReplyDelete
  12. Pernah juga makan sosej Kemboja di Melaka tapi jenis lain sebab tiada coleslaw.

    ReplyDelete
  13. Last mkn di kemboja. Harga boleh tahan murah

    ReplyDelete
  14. Akak pernah rasa sekali je Tongmo. Nak cari kat area akak ni memang tak jumpalah gamaknya....

    ReplyDelete
  15. Tak pernah lagi nampak ni, macam best he

    ReplyDelete
  16. tak pernah rasa lagi... kat johor macam tak de je...

    ReplyDelete
  17. Dah rasa kat bagan serai tu, tapi pada saya biasa sebab saya pernah rasa tongmo sedap lagi yang rasa juici. tongmo yang ni rasa macam sosej kemboja kt family mart tu

    ReplyDelete
  18. Rasa macam dah komen..ada tak kat dashboard ain kat bahagian spam tu.

    ReplyDelete
  19. First time makan Tong Mo nih masa bulan puasa hr tu... Sedapnya beli dekat Pasar Kanchong Darat owner nih belajar dari orang kemboja, dekat banting pun memang ada pasar kemboja tau... setiap sabtu dan ahad rata2 memang orang dari kemboja yang berniaga tapi lama tak pergi

    ReplyDelete
  20. Tak pernah makannn lagi, tapi ada je orang jual dekat area rumah. Nanti kita cari sebab pernah tengok orang review, nampakkk macam sedappp jugakkk hehehe.

    ReplyDelete
  21. Akal, tongmo itu nama lain dari sausage kah ato berbeda dengan regular sausage? Keliatan sedaaap :D. Saya baru kali ini dengar nama kuliner tongmo . Penasaran pengin coba :).

    ReplyDelete
  22. Nampak macam sedap tongmo tu. Nama lainnya sosej kemboja ye. Ada sos dan coleslow, tambah sedaplah.

    ReplyDelete
  23. Nampak s dap la. Tetiba tingin pula mama nak cuba

    ReplyDelete
  24. Bila dah lapo ni, sy tetappp nampak sedapppp

    ReplyDelete
  25. banyak kali dh busyra teringin nak beli tp asyik x jadi je..

    ReplyDelete
  26. aduh.. teringin lah pula..
    pernah makan masa dekat kelantan dulu..

    ReplyDelete
  27. nampak sedap , ada juga ccl pernah nampak tangmo ni jual di tepi jalan , tapi belum bekesempatan nak singgah beli

    ReplyDelete
  28. tak best lah sebab tak hancur sangat tapi okay lah buat hilang rindu kan?

    ReplyDelete

Komen la mana tau kita boleh jadi kawan ? Jangan malu jangan segan tinggalkan URL Blog anda untuk Ain balas kunjungan yaaaaaa ❤