Mask KF94 4Ply l BRS Part Two

by - September 17, 2021



Assalamualaikum and Hi Geng!

Kita kembali dalam rancangan Bukan Racun Shopee (BKS) *Tibaaaahhhhh

Geng, 

Sekarang ni kalau keluar rumah kita kan diwajibkan pakai mask. Dah setahun lebih pakai mask warna biru tu kan. Nak masuk tahun ke dua kita dengan virus Covid19 ni nak lah upgrade kan mask pun. Nak la segak-segak kan even keluar tu bukannya orang nampak pun muka.

Dah lama sebenarnya nak cari Fish Type Mask ni. Bukan apa sister-sister, brother-brother sekalian. 
Kami ni orang perempuan walaupun pakai mask / Penutup muka kami pakai lipstick / gincu okayyy. Tak faham lah orang lelaki yang dok kata kami perempuan make up sebab nak impress hangpa. Pakai mask tak payah la pakai lipstick bagai sapa nak tengok..... Hangpa sapa kami nak mengorat? Lain lah Park Bogum ka Lee Min Hoo ka Kim Woo Bin kaaa. Eh. Tibahhhhh emosi haha. Gurau-gurau. Gurau lahhhh amboi melawak pun tak boleh. Katok dengan pelepah pinang baru tau.

Balik kepada topik.

Bila jenis memang keluar rumah pakai lipstick ni memang kalau boleh takmau la warna lipstick tu transfer ke mask kan. Pembelian Fish Type Mask ni sangat digalakkan ya kawan-kawan, sister-sister. Tak dak la melekat dekat mask tu hehe . 

Ni, Orang lelaki pun beli, pakai jenis macam ni. Takdak la masa bernafas tu tersedut sekali mask tu hahahahhahahhaa

Tapi sebagai langkap berjaga-jaga, aku masih pakai 2 layer. Extra protection orang kata. Prevention is better than cure.


Shopee : Pissardo Gallery


Kalau nak beli, beli dekat seller ni. Penghantaran laju. Recommended.

P/s : Kalau yang pakai spek mata lagi best. Tak berwap cermin mata iolsss. Seriusss sebab dia melekat elok tutup bawah dagu sama. Terlindung double chin uollss


Salam,
AAA


You May Also Like

24 comments

  1. eh eh sama warna mask kita. saya pun suka jenis mask KF94 ni. Lebih selesa lagi sebab ada ruang tengah tu. Tak lah melekat lipstick kan :)

    ReplyDelete
  2. Tak beli lagi KF94 ni. Kena cari juga ni. Stok yang biru tu masih banyak kat rumah ni. Hehe..

    ReplyDelete
  3. Ammi yg dh byk umur pun pakai mask masih pakai lipstick. Apa motif??? Ntahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab kita pakai untuk diri kita sendiri kott. Umur banyak pun tapi awet muda onnzzz sajeeee ammi 😘

      Delete
  4. Wah! Cantik lah frame spek Ain....

    (Orang cerita mask dia cerita spek pulak... sori off topik)

    ReplyDelete
  5. heheh dah lama beli tp mcm x terpakai2 lagi...
    Lupa dah letak mana hahaha...
    kena cr blk ni

    ReplyDelete
  6. Mrs. A belum pakai lagi jenis ni tengok dah ramai pakai ferfeeling kpop gittewww..

    ReplyDelete
  7. Memang best pakai mask jenis ni, lagiii kemas kat muka! Lepas ni beli mask jenis gini je walaupun mahal sikit hehehe

    ReplyDelete
  8. saya pun dah pakai jenis mask macam ni sebab best lipstick dah tak melekat habis dekat mask hehehhe

    ReplyDelete
  9. Haritu 2 hari usha nak beli sebelum gi vaksin. Tapi corak dan warna lawa yang berkenan semua habis. Last sekali beli yg fabrik reusable je ahaha

    ReplyDelete
  10. terbaiklah face mask tu..kalau puas hati berbaloi la beli kan :)

    ReplyDelete
  11. Pelitup separuh muka jenis ikan pula. Hehe. Menarik.

    ReplyDelete
  12. Tak try lagi mask ni, sebab kat rumah yang 3ply biasa tu masih banyak haha

    ReplyDelete
  13. Okey, dah baca review Ain ni bolehlah consider beli.

    ReplyDelete
  14. ha'ah best gak pakai mask ni tapi haritu salah beli sebab tali dia pendek sangat

    ReplyDelete
  15. Wow nampak selesa dan warna dia pun cantik

    ReplyDelete
  16. sy pun suka KF94 ni.. sebelum ni ada kaler hitam dan putih je.. pastu mgu lepas dh order yg kalerful plan nk ikut kaler baju.. hahaha... hari ni sampai kot.. tazzabar.. haha

    ReplyDelete
  17. Bukan Racun Shopeee!! Niceeee! Hehee.. Dah ada camni puna mask..tapi sekarang pakai double,,lepas covid haritu

    ReplyDelete
  18. memang nak cari mask ni tp kena tunggu mask lama ni habis ;-)

    ReplyDelete

Komen la mana tau kita boleh jadi kawan ? Jangan malu jangan segan tinggalkan URL Blog anda untuk Ain balas kunjungan yaaaaaa ❤